| kafalah bil nafs | jaminan diri | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi memastikan pihak yang dijamin hadir ke mahkamah. Menurut mazhab Syafii, jaminan diri boleh dilakukan dalam semua urusan yang berkaitan dengan hak manusia, seperti kes yang melibatkan harta atau hukuman mengikut qisas dan qazaf. Kafalah bil nafs tidak boleh diaplikasi sekiranya berkaitan dengan hak Allah s.w.t. seperti ibadat dan hukum hudud. Sinonim daman bil nafs. |
| darurah | darurat | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal terpaksa atau melibatkan keadaan yang genting. Contohnya, ketiadaan pembiayaan secara Islam bagi sesuatu perusahaan yang diharuskan menyebabkan perlunya pembiayaan secara konvensional. Dalam mazhab Syafii, darurat diharuskan berdasarkan kaedah fikah, iaitu keperluan untuk mengharuskan benda yang dilarang, sekadar yang diperlukan. |
| wakil | wakil | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang dilantik dalam akad wakalah. Wakil individu hendaklah berakal dan baligh tetapi dalam mazhab Syafii, individu yang mumaiyiz boleh juga dilantik sebagai wakil hanya untuk urusan memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan haji, kerja sukarela, menyembelih binatang korban dan mengagihkan zakat. Dalam mazhab Hanafi, kanak-kanak yang mumaiyiz boleh dilantik sebagai wakil. |
| bai‘ fuduliy | jual beli fuduli/jual beli tanpa izin | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli barangan milik orang lain tanpa keizinan atau tanpa diberi kuasa oleh pemiliknya. Urus niaga ini tidak sah mengikut Mazhab Syafii, tetapi Mazhab Hanafi menerimanya dengan syarat mendapat pengesahan pemilik barangan tersebut. |
| qabul | penerimaan | Perniagaan Islam | Tiada | Ungkapan pembeli barangan bertujuan membentuk akad. Contohnya, dalam jual beli, pembeli berkata “Saya beli”. Selain lafaz, qabul juga boleh dilakukan dalam bentuk lain seperti pembayaran wang, penerimaan produk, bertulis atau secara isyarat. Walau bagaimanapun, mazhab Syafii mensyaratkan qabul dilafazkan secara lisan. Banding ijab. |
| ‘akad fuduli | akad tanpa keizinan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh pihak yang berurus niaga harta dan pihak tersebut tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. Mengikut mazhab Hanafi, akad fuduli hanya sah sekiranya pemilik harta memberi keizinan. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, akad fuduli terbatal dan tidak sah. |
| khiyar rukyah | khiyar rukyah | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pembeli yang tidak melihat produk yang ingin dibeli. Pembeli berhak menolak barangan belian kerana syarat sah khiyar adalah dengan melihat barangan belian. Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat khiyar ini hukumnya harus tetapi Mazhab Syafii tidak mengharuskannya kerana wujud unsur gharar dan penipuan pada produk tersebut. |
| riba' yad | riba yad | Perniagaan Islam | Tiada | Tangguhan penerimaan serahan produk yang berlaku dalam pertukaran barangan ribawi yang dilakukan secara tunai sama ada yang sama atau berbeza jenis dan mempunyai ilat produk ribawi yang sama tanpa disebut tempoh tangguhan yang tertentu. Penjenisan riba' yad diterima oleh mazhab Syafii, manakala mazhab Hanafi menyamakankan riba ini seperti riba’ nasi’ah. |
| capital merger | percampuran modal | Ekonomi | Ekonomi Islam | Modal yang disatukan daripada pelbagai pihak yang berkongsi. Percampuran modal berlaku dalam dua bentuk, iaitu percampuran modal fizikal dan percampuran modal hukum. Jumhur ulama berpendapat bahawa penyatuan modal tidak menjadi syarat kepada pembentukan perkongsian tetapi terdapat sebahagian ulama daripada mazhab Syafii dan mazhab Zahiriyyah yang memerlukan syarat tersebut. |
| haul | tempoh | Perniagaan Islam | Tiada | Jangka waktu 12 bulan Hijrah yang dijadikan asas atau tempoh kematangan sesuatu peraturan atau tarikh persetujuan. Contohnya, dalam zakat perniagaan dan zakat ternakan, taksiran dilakukan setelah memenuhi syarat haul dan nisab. Manakala zakat pertanian hanya tertakluk kepada nisab sahaja. Untuk zakat hasil perkhidmatan, mazhab Syafii yang menetapkan nisab dan haul. |