Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yang.kan] | ممبايڠکن

Definisi : 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yang.kan] | ممبايڠکن

Definisi : 1 menggambarkan sesuatu dlm fikiran: Dlm menungannya, ia ~ dirinya sbg pengusaha yg berjaya mengurus perusahaannya. 2 menyatakan sesuatu tidak dgn terus terang: Dia telah ~ hasratnya hendak bertanding dlm pilihan raya yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayangkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
to visualize (space)membayangkan (ruang)KesenianTiadaTiada
nocturnenocturneMuzikTiada

 Muzik instrumental yang membayangkan suasana malam. Nocturne mempunyai melodi yang merdu dan lemah gemalai, bertempo perlahan, mempunyai dinamik yang halus dan lembut, serta bersifat sentimental dan romantik. Contohnya, karya Nocturne oleh Chopin.

scenariosenarioPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kaedah untuk membayangkan secara ringkas peristiwa-peristiwa mengikut urutan bagi menunjukkan bagaimana keadaan masa depan berubah secara berperingkat.
statistical homogeneity in spacekehomogenan statistik dalam ruangHidrologiTiadaIni membayangkan bahawa kejadian sesuatu peristiwa hidrologi tertentu di semua tempat dalam suatu kawasan yang dikatakan homogen secara statistik, adalah sama mungkin berlaku dalam lingkungan perbezaan statistik yang dapat diterima.
efficient marketpasaran cekapPentadbiran PerniagaanTiadaPasaran yang menunjukkan harga telah membayangkan semua maklumat. Pembeli sekuriti tidak lagi boleh mendapat untung abnormal daripada pelaburannya walaupun mereka berdagang dengan menggunakan maklumat ini.
dramatic imaginationimaginasi dramatikKesenianDrama dan TeaterDaya khayal pelakon yang membayangkan adegan melalui reka bentuk teknikal dan aksi yang mampu menimbulkan kesan emosi dan intelek kepada penonton.
atmospheresuasanaKesusasteraanTiadaKeadaan emosi yang terdapat pada sesebuah karya yang membayangkan kepada pembaca keadaan-keadaan yang ditemui dan diikutinya dalam cerita.
haemosiderosishemosiderosisPerubatanTiadaPenimbunan hemosiderin di dalam tisu badan tanpa kerosakan tisu, membayangkan pertambahan simpanan ferum di dalam badan.
fully valuednilai penuhPentadbiran PerniagaanTiadaHarga sesuatu sekuriti dinilai dengan adil dan saksama membayangkan semua maklumat yang berkaitan.
bovaryismbovarismeKesusasteraanTiadaKecenderungan individu yang lari daripada kenyataan dan menafikan realiti. Individu itu membayangkan dirinya sebagai wira atau wirawati dalam sesebuah fiksyen. Bovarisme berpunca daripada watak Emma Bovary sering mencampuradukkan angan-angan romantik dengan realiti. Pengarang sering mendedahkan bovarisme melalui ironi sebagai amaran kepada pendedahan berlebih-lebihan terhadap unsur romantik yang mempesonakan dan memperdayakan.
1234

Kembali ke atas