| international scams | penipuan antarabangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memperdaya secara sengaja yang dilakukan secara rentas sempadan di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan keuntungan secara salah atau menafikan hak mangsa. Contohnya, penipuan Macau. |
| internet fraud | penipuan internet | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan memperdaya mangsa dengan menggunakan internet bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan secara salah atau menafikan hak mangsa. |
| pig butchering scam | penipuan pelaburan | Kriminologi | Tiada | Jenayah penipuan yang membina hubungan kepercayaan palsu untuk memperdaya mangsa agar melabur dalam skim pelaburan palsu. |
| spoof | perdaya | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyamaran identiti aset sistem komputer seperti data, pengguna atau peranti untuk memperdaya pihak yang disasarkan tentang kesahihan aset berkenaan, sumber dan sebagainya. |
| spoof attack | serangan perdaya | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Serangan siber yang dilakukan melalui penyamaran sebagai entiti yang dipercayai untuk memperdaya mangsa supaya memberikan maklumat sensitif atau melakukan tindakan yang merugikan. |
| pembelajaran mesin berseteru | adversarial machine learning | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Kaedah pembelajaran mesin yang menggunakan teknik serangan dan pertahanan model. Teknik serangan merujuk kepada cubaan seteru untuk memanipulasi atau memperdaya model tersebut. Sebagai contoh, model pembelajaran mesin terdedah kepada serangan seperti pengubahsuaian kecil pada input model semasa proses pengujian yang menyebabkan salah pengelasan. Manakala, teknik pertahanan akan menambah baik model bagi menangkis serangan seteru. |
| irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktur |