Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.li.ha.ra] | مموليهارا

Definisi : memulihkan serta me­melihara (menjaga dsb), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dlm keadaan yg baik: kita juga akan melihat betapa pentingnya bentuk muka bumi ini kpd kita dan mengapa kita harus mengekalkan dan ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.li.ha.ra] | مموليهارا

Definisi : menebang dan menanam semula pokok-pokok tertentu dan menjaganya dgn rapi; membuat sesuatu supaya tidak pupus: Bantuan diberikan utk ~ kebun kelapa yg terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memulihara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doctoredsuai pindaSejarahTiadaPerbuatan merawat, menyesuai, memulihara dan mengubah sesuatu untuk menjadikannya lebih baik daripada asal.
strip croppingpenanaman jalurPertanianAgroteknologiKaedah penanaman yang diamalkan untuk memulihara tanah di tepi lereng bukit dengan mengurangkan kesan hakisan tanah yang diakibatkan saliran air yang kuat di tempat yang cerun. Kaedah ini melibatkan penanaman dua atau lebih jenis tanaman, iaitu setiap jenis tanaman pada satu jalur yang diselang-selikan dengan jalur tanaman lain. Jalur-jalur tersebut diatur mengikut kontur tanah. Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, jenis tanaman yang memerlukan pembajakan intensif seperti jagung perlu diselang-selikan dengan tanaman yang tidak memerlukan pembajakan yang intensif seperti rumput dan kekacang pastura. Jalur yang kurang dibajak memainkan peranan untuk menyekat saliran air di tepi bukit.
regenerative agriculturepertanian jana semulaSTEMTiadaTeknik amalan pertanian yang memulihara dan menjana sumber alam semula jadi untuk meningkatkan kualiti tanah, biodiversiti dan ekosistem.
rehabilitation programprogram pemulihanPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang dilaksanakan untuk memulihara, memperbaiki dan menambahbaikkan sesuatu perkara dengan tujuan mencapai objektif atau matlamat. Antara tindakan yang biasanya diambil dalam program pemulihan ialah mengenal pasti kelemahan, memperkemas perancangan, menambah kekuatan, memperkukuh belanjawan, memantap pengurusan penyenggaraan, memastikan sasaran dan meninjau peluang. Program pemulihan bukan hanya tertumpu kepada masalah sosial masyarakat seperti penagihan dadah, pelacuran, vandalisme semata-mata, ia juga merangkumi projek-projek terbengkalai kerajaan atau pihak lain, penyusunaturan semula pengurusan dan pentadbiran organisasi serta sumber manusia.

nature-based solutionspenyelesaian berasaskan alam semula jadiAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarTindakan untuk melindungi, memelihara, memulihara, menggunakan secara lestari dan menguruskan ekosistem semula jadi atau diubah suai bagi menangani cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar secara efektif dan adaptif, serta memberikan kesejahteraan manusia, khidmat ekosistem, ketahanan dan faedah biodiversiti.
marine national parktaman laut kebangsaanPerikananTiadaKawasan perairan pulau yang diwartakan oleh kerajaan pusat sesebuah negara sebagai kawasan larangan memancing bagi memulihara sistem ekologi marin dan kepelbagaian spesies fauna dan flora marin. Taman laut kebangsaan terdiri daripada gugusan pulau yang meliputi kawasan yang luas dan mempunyai nama khusus. Contohnya, Great Australian Bight Marine National Park merupakan gugusan pulau yang berkeluasan 38,000 hektar.
strip croppingpenanaman jalurPertanianTiadaSistem penanaman mengikut kontur dengan barisan tanaman berselang seli dengan barisan tanaman yang lain atau tanaman rumput bertujuan untuk memulihara tanah dan air.
bench terraceteres undakPertanianTiadaTeres yang mempunyai dataran yang lebar, bergred rendah dan kecerunan di antara teres adalah curam, boleh memudahkan pengairan di tanah curam, memulihara air dan mengurangkan hakisan oleh hujan yang lebat.
marine parktaman lautPerikananTiadaKawasan perairan pulau yang diwartakan sebagai kawasan larangan aktiviti penangkapan, pengambilan dan pengalihan flora dan fauna. Taman laut diwujudkan untuk melindungi, memulihara dan mengurus ekosistem marin secara lestari terutamanya terumbu karang serta flora dan fauna supaya tidak terancam. Kawasan terumbu karang merupakan salah satu habitat kritikal kerana terumbu karang mudah terdedah kepada pelbagai ancaman semula jadi atau kegiatan manusia.
archaeological lawundang-undang arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUndang-undang khusus yang berkaitan dengan arkeologi. Di Malaysia, undang-undang ini digubal dan diluluskan oleh Parlimen yang dikenali dengan Akta Bendapurba 1976. Fungsinya adalah untuk memulihara tinggalan arkeologi.
12

Kembali ke atas