| deductive reasoning | pentaakulan deduktif | Psikologi | Psikologi Umum | Pemikiran logik yang digunakan oleh individu untuk menaakul kenyataan daripada aras yang umum kepada yang lebih khusus. Pentaakulan biasanya bersifat silogisme berdasarkan kepada premis atau proposisi yang mewakili fakta yang sedia diketahui. Sekiranya semua cakerawala mengelilingi matahari dan bumi itu salah satu cakerawala, maka bumi akan mengelilingi matahari. |
| formal operation | operasi formal | Pendidikan | Tiada | Tahap perkembangan mental antara umur 11 tahun hingga dewasa yang melibatkan pemikiran abstrak dan kebolehan menaakul berdasarkan ramalan. |
| fluid reasoning | taakulan bendalir | Psikologi | Psikologi Umum | Kemampuan mental umum yang diukur dengan menggunakan skala kecerdasan Stanford-Binet, edisi ke-5. Keadaan ini akan menggambarkan kecerdasan individu yang memperlihatkan kemampuannya menaakul dengan cara deduktif dan menggunakan maklumat baharu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kemampuan berbuat demikian akan mencerminkan predisposisi warisan yang selari dengan kemampuan biologikal lain yang tumbuh dan kemudiannya merosot mengikut umur. |
| cognition | kognisi | Pendidikan | Tiada | Proses pemikiran seperti mengingat, menaakul, menganalisis dan menyelesaikan masalah. |
| pemodelan Bayes | Bayes modelling | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Permodelan berasaskan prinsip kebarangkalian untuk menganalisis dan membangunkan model yang digunakan oleh sistem AI untuk melaksanakan tugas seperti pengelasan, pengelompokan, pengoptimuman dan perancangan. Model Bayes membolehkan sistem AI untuk menaakul dan mentakbir ketakpastian, membuat keputusan dan memodelkan fenomena kompleks secara berkesan. Model ini mengemaskini pengetahuan tentang parameter yang tidak pasti berdasarkan maklumat terdahulu dan maklumat dalam data cerapan. |
| ejen AI | AI agent | Kecerdasan Buatan | Penyepaduan dan Interaksi | Perisian yang menggunakan AI untuk memerhati persekitaran, membuat keputusan, dan melaksanakan tugasan secara automatik. Ejen AI boleh belajar daripada data, bertindak sendiri tanpa arahan manusia, dan mencapai matlamat yang ditetapkan melalui keupayaan menaakul, merancang, mengingat, membuat keputusan, belajar dan menyesuaikan diri mengikut perubahan persekitaran. Contoh penggunaan ejen AI termasuk penggunaan ejen perangkak, robot pintar, pembantu peribadi cerdas, dan kereta swapandu. Lihat juga ejen cerdas. |
| risikan keputusan | decision intelligence | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Metodologi dan set proses serta teknologi bagi kitaran pembuatan keputusan yang lebih baik termasuk hasil keputusan yang diurus, dipantau, dinilai, dan ditambah baik melalui maklum balas. Risikan keputusan adalah pembuatan keputusan berkaitan tindakan-ke-hasil. Contohnya, bermula tindakan mengenalpasti keperluan keputusan, memodel atau merisik atau menyiasat beberapa kemungkinan keputusan, menaakul dan memilih keputusan terbaik dan menilai semula hasil keputusan. Metodologi ini menggunakan pelbagai alkhwarizmi yang terdapat dalam bidang sains data, sains pengurusan, sains keputusan dan kecerdasan buatan. Selain itu, risikan keputusan ini tertumpu kepada penggunaan kaedah analitik dan pengkomputeran lanjutan untuk membantu individu dan organisasi dalam membuat keputusan berpacukan data. Sebagai contoh, dalam risikan keputusan pembentukan istilah, melibatkan pelbagai teknik seperti analitik deskriptif, pembelajaran mesin dan capaian semula maklumat. Lihat juga risikan. |
| humanism | humanisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebi |