| agrobiotechnology | agrobioteknologi | Pertanian | Agroteknologi | Kajian saintifik bagi menambah baik tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti pertanian. Kajian ini berasaskan pengetahuan tentang DNA dan pengenalpastian gen yang dapat memberi faedah kepada tanaman yang boleh digunakan untuk memperbaik ciri-ciri tanaman dan ternakan. Agrobioteknologi dapat menambah baik tanaman dan ternakan yang tidak dapat dihasilkan melalui kaedah pembiakbakaan tradisional. Kaedah penting dalam agrobioteknologi melibatkan pemindahan gen daripada satu organisma kepada organisma yang lain. Melalui kaedah ini, banyak tanaman yang mempunyai ciri ketahanan terhadap penyakit telah dihasilkan. |
| editing | penyuntingan | - | Tiada | Proses menyemak dan menambah baik manuskrip yang melibatkan bahasa, persembahan, fakta, bahan grafik dan lain-lain. |
| sweep | imbas elektronik | Komunikasi | Korporat | Alat elektronik yang digunakan untuk menambah baik mutu rakaman audio dalam penerbitan filem, muzik, atau iklan. Alat ini menggunakan perisian komputer yang berfungsi sebagai pengimbas masalah audio dan penyunting audio. Alat ini juga digunakan apabila mutu rakaman sesuatu penerbitan tidak mencapai tahap yang boleh mewujudkan impak kepada khalayak. Mutu rakaman yang tidak memuaskan ini boleh berlaku semasa proses rakaman audio atau proses penyuntingan, ataupun kerana mutu suara yang sememangnya tidak cukup mantap. Penggunaan alat ini boleh memperbaik kesilapan tersebut tanpa mengeluarkan kos dan masa tambahan seperti melakukan rakaman dan penyuntingan semula. |
| clinical intervention | intervensi klinikal | Psikologi | Psikologi Umum | Intervensi yang digunakan untuk menambah baik, mengekalkan atau menilai status kesihatan klien. Intervensi ini biasanya melibatkan pemerhatian di klinik atau hospital. |
| breeding method | kaedah pembiakbakaan | Pertanian | Agronomi | Kaedah yang digunakan untuk menambah baik baka sesuatu tanaman atau ternakan. Kaedah pembiakbakaan klasik berasaskan pemilihan baka daripada populasi yang besar untuk mendapatkan ciri tertentu seperti tanaman yang mempunyai bunga yang menarik. Baka yang dipilih akan digandakan untuk mewujudkan varieti baru. Kaedah ini juga melibatkan kacukan antara baka untuk mendapatkan kepelbagaian yang lebih besar dan pemilihan dibuat daripada progeni kacukan. Kaedah pembiakbakaan moden pula menggunakan pendekatan molekular melalui pengenalpastian gen yang memberi sesuatu ciri. Gen ini akan dipindahkan ke sesuatu baka melalui kejuruteraan genetik untuk mendapatkan ciri yang dikehendaki. |
| digital transformation | transformasi digital | STEM | Tiada | Penerimagunaan teknologi digital secara strategik untuk menambah baik proses dan meningkatkan produktiviti. |
| process engineer | jurutera proses | STEM | Tiada | Pakar yang mereka bentuk, menjalankan, menyelenggara dan menambah baik proses perindustrian. |
| dietary supplement | penokok diet | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Produk yang mengandungi ramuan diet yang dimakan untuk menambah baik nilai pemakanan dalam diet sedia ada. Ramuan diet terdiri daripada satu atau gabungan antara bahan berikut, iaitu vitamin, mineral, herba atau bahan botanikal lain. |
| occupational therapy | terapi cara kerja | Perubatan | Tiada | Rawatan berasaskan penjagaan diri, kerja dan permainan. Rawatan ini bertujuan menambah baik fungsi dan kebolehan pesakit dalam aktiviti hariannya. |
| occupational therapy | terapi cara kerja | Umum | Tiada | Rawatan berasaskan penjagaan diri, kerja dan aktiviti. Rawatan ini bertujuan menambah baik fungsi dan keupayaan pesakit dalam aktiviti hariannya. |