Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.lu.su.ri] | منلوسوري

Definisi : mengikuti jejak perjalanan, lang-kah, tindakan dsb: tidak ramai pula yg sanggup ~ kejayaan rakan mereka yg telah dan sedang menempa kejayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.lu.su.ri] | منلوسوري

Definisi : 1 mengikut sepanjang tepi jalan, sungai, dll: Mereka ~ sungai itu utk ke tempat yg dijanjikan. 2 menjejaki sesuatu peristiwa, cerita dsb: Mereka cuba ~ sejarah ttg peristiwa pahit itu. 3 mengikuti atau selaras dgn perkembangan atau kemajuan sesuatu: Kemajuan pendidikan sedang ~ era teknologi komunikasi yg serba canggih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menelusuri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
navigationnavigasiTeknologi Maklumate-PembelajaranPanduan dan bimbingan yang disediakan kepada pelajar dalam menelusuri sesuatu kursus pembelajaran dalam talian agar dapat melalui pengalaman e-pembelajaran dengan selesa dan berkesan, walaupun mempunyai kemahiran komputer yang minimum. Contoh alat navigasi ialah mula, kembali ke menu, main semula, simpan, tanda buku dan lain-lain, yang bertujuan untuk mengelak kekeliruan dalam mengikuti proses pembelajaran secara bersendirian.
gelintar jana dan ujigenerate and test searchKecerdasan BuatanPerancanganTeknik gelintar yang melibatkan dua langkah utama, iaitu menjana satu set kemungkinan penyelesaian untuk sesuatu masalah, dan kemudian menguji setiap penyelesaian yang dijana bagi menentukan sama ada mencapai nod gol atau tidak. Gelintar jana dan uji lazimnya menggunakan teknik gelintaran kedalaman dahulu dengan pematahbalikan untuk menelusuri ruang keadaan sehingga berjaya mendapatkan nod gol. Contoh masalah yang menggunakan teknik ini seperti menyelesaikan kiub rubik atau meneka kata laluan.

Kembali ke atas