Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ro.ka] | منروک

Definisi : 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, meng­harungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ro.ka] | منروک

Definisi : 1 membuka kawasan baru utk dijadikan kampung, sawah, ladang dll: Merekalah yg ~ kawasan hutan di situ utk dijadikan ladang. 2 ki memeriksa sesuatu yg belum jelas; menyelidik: ~ bidang fizik nuklear. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teroka
Kata Terbitan : meneroka, menerokai, peneroka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colonizemeneroka; menjajahUndang-undangTiadaTiada
colonizemeneroka; menjajahSejarahTiadaPerbuatan mendiami atau menduduki sesebuah kawasan atau wilayah oleh kumpulan orang yang datang dari tempat atau negeri lain.
to colonizemeneroka; menjajahSejarahTiadaTiada
cavingjelajah guaSukanTiadaAktiviti mendaki dan meneroka gua.
gelintar heuristikheuristic searchKecerdasan BuatanPerancanganTeknik gelintar yang meneroka ruang keadaan masalah dengan menggunakan kaedah heuristik, iaitu peraturan anggaran atau nilai anggaran untuk membimbing pencarian ke arah penyelesaian yang lebih cepat dan cekap. Heuristik ini boleh berasaskan pengalaman, kelaziman atau strategi yang memperkirakan jarak, kos atau manfaat sesuatu keadaan. Contohnya, dalam masalah kesesakan lalu lintas, heuristik boleh memandu pemilihan laluan berdasarkan anggaran masa perjalanan melalui lebuh raya atau jalan alternatif.
gelintar termakluminformed searchKecerdasan BuatanPerancanganTeknik gelintar yang meneroka ruang keadaan masalah dengan menggunakan maklumat tambahan seperti nilai jarak antara nod semasa dengan nod gol. Contohnya gelintar terbaik dahulu, gelintar heuristik, dan gelintar jana dan uji. Banding gelintar tak termaklum.
international strategystrategi antarabangsaPengurusanPerancanganStrategi yang diguna pakai bagi meneroka pasaran perniagaan di negara asing. Strategi ini bertujuan untuk meluaskan rangkaian perniagaan sesebuah organisasi selain pasaran tempatan. Organisasi yang menggunakan pendekatan strategi ini dikenali sebagai perbadanan multinasional. Contoh strategi antarabangsa yang dilakukan adalah melalui eksport dan import, pembukaaan cawangan operasi luar negara dan menjalin usaha sama dengan organisasi luar negara. Lihat juga perbadanan multinasional.
historic tourismpelancongan bersejarahPelanconganTiadaAktiviti melancong yang bertujuan untuk meneroka sejarah dan warisan setempat.
gelintar tak termaklumuninformed searchKecerdasan BuatanPerancanganTeknik gelintar yang meneroka ruang keadaan masalah tanpa maklumat tambahan kecuali maklumat asas seperti nod awal, nod akhir dan tindakan sedia ada. Contohnya gelintar dalam dahulu, gelintaran kelebaran dahulu dan gelintar dwi-arah. Banding gelintar termaklum.
surrealismsurealismeKesenianTiadaPergerakan seni di Paris dalam tahun 1920an, yang meneroka bahagian minda separa sedar sebagai sumber kreatif.
123

Kembali ke atas