Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.rus.kan] | منروسکن

Definisi : 1. menembuskan, melantas­kan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ per­jalan­an mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.rus.kan] | منروسکن

Definisi : menyam­bung perjalanan, pelajaran dll; melanjutkan: Keesokan harinya, pengembara-pengem­bara itu pun ~ perjalanan mereka kembali. Saya bercita-cita hendak ~ pelajaran saya ke universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,

Peribahasa

455

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Genggam bara api biar sampai jadi arang

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi genggam bara api biar sampai jadi arang. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
connecting flightpenerbangan sambungAeroangkasaTiadaPenerbangan yang memerlukan penumpang menukar pesawat udara untuk meneruskan penerbangan ke destinasi.,Penerbangan yang memerlukan penumpang menukar pesawat udara untuk meneruskan penerbangan ke destinasi.
leaky confiningtertekan bocorHidrogeologiTiadaSifat bahan yang tidak begitu telap untuk meneruskan secukupnya air ke perigi atau mata air secara berkesan; tetapi menyimpan air dan mungkin meneruskan air secukupnya untuk membolehkan pengaliran yang bererti ke akuifer yang berdampingan atau darinya [bd. akuitard]. Ruj.: Davis dan De Wiest 1966 Sin.: separa menekan, separa telap
hydraulic conductivitykekonduksian hidraulikHidrogeologiTiadaUnit yang menghuraikan secara kuantitatif kemampuan suatu bahan untuk meneruskan air tertekan. Jika medium itu isotropi dan airnya homogen, kekonduksian hidrauliknya ialah unit panjang per unit masa jika medium itu meneruskan, dalam unit masa, satu unit isi padu air yang berkelikatan kinematik yang ada melalui suatu keratan rentas unti luas, diukur tegak lurus pada arah pengaliran, berdasarkan suatu gradien hidraulik unit perubahan hulu terhadap unit panjang laluan aliran. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Hantush 1964, Lohman drr. 1972 Sin.: koefisien lapangan ketelapan, koefisien kekonduksian hidraulik
intrinsic permeabilityketelapan hakikiHidrogeologiTiadaSatu ukuran kemampuan medium berliang meneruskan cecair pada suatu gradien keupayaan tertentu. Ini ialah sifat medium itu sendiri, bebas daripada sifat cecair dan medan daya yang menyebabkan gerakan. Keadaan ini bergantung pada bentuk dan saiz liang. Suatu medium mempunyai ketelapan hakiki satu unit panjang kuasa dua jika ia dapat meneruskan dalam unit masa satu unit isi padu cecair dengan unit kelikatan kinematik melalui satu keratan rentas unit luas, diukur tegak lurus pada arah pengaliran, pada satu unit gradien keupayaan. Unit yang disarankan ialah mikrometer kuasa dua, yang hampir senilai dengan darcy (0.987 mikrometer kuasa dua) (USGS). (Dimensi: L2) Ruj.: Lohman drr. 1972
converging flight ruleaturan penerbangan menumpuAeroangkasaTiadaAturan yang mensyaratkan apabila berlaku penerbangan menumpu, pesawat yang berada di sebelah kanan berhak meneruskan perjalanan manakala pesawat di sebelah kiri perlu mengelak.,Aturan yang mensyaratkan apabila berlaku penerbangan menumpu, pesawat yang berada di sebelah kanan berhak meneruskan perjalanan manakala pesawat di sebelah kiri perlu mengelak.
false startmula palsuAeroangkasaTiada1. Keadaan kitaran enjin yang tidak meningkat untuk meneruskan penjanaan kuasa apabila dihidupkan enjin.,1. Olak: Vorteks dari hujung sayap pesawat udara yang tertinggal dalam atmosfera.,Enjin turbin gas yang terdiri daripada pemampat, kebuk pembakaran, turbin dan muncung. Sebahagian daripada tenaga yang dihasilkan dalam kebuk pembakaran digunakan untuk memacu pemampat dan selebihnya yang berada dalam bentuk gas dikembangkan di muncung untuk menghasilkan tujahan.,1. Keadaan kitaran enjin yang tidak meningkat untuk meneruskan penjanaan kuasa apabila dihidupkan enjin.
permeabletelapHidrogeologiTiadaBerkemampuan meneruskan bendalir di bawah tekanan. [Bd. ketelapan]
skip branchingbahagian lompatPendidikanTiadaPilihan meneruskan pelajaran mengikut bingkai, cabangan atau menyimpang kepada cabang yang lain bergantung kepada kemajuan pelajar.
permeabilityketelapanHidrogeologiTiadaKemampuan bahan untuk meneruskan bendalir di bawah tekanan. Secara kuantitatif kemampuan ini dinyatakan dalam berbagai-bagai cara, seperti darcy. [Bd. ketelapan hakiki, kekonduksian hidraulik] Sin.: keadaan telap
greedy algorithmalgoritma rakusPentadbiranTiadaAlgoritma yang meneruskan pergerakan dengan menggunakan pembaikan yang tertinggi pada setiap peringkat.
12345678910...

Kembali ke atas