| pengekstrakan fitur | feature extraction | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses mengenal pasti dan mengekstrak fitur yang relevan daripada data mentah seperti teks, video, audio dan imej bagi memudahkan pembelajaran mesin. Tujuan utama proses ini ialah mengurangkan dimensi data sambil mengekalkan maklumat penting, sekali gus meningkatkan kecekapan pengkomputeran dan prestasi model. Sebagai contoh, pengekstrakan fitur dalam korpus teks Melayu klasik untuk mengekstrak fitur golongan kata seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Jika kita mempunyai ayat �Shuhaida tidur di atas katil�. Kata �Shuhaida� dan �katil� akan diekstrak sebagai fitur kata nama, kata �tidur� sebagai fitur kata kerja, kata �di� sebagai fitur kata hubung dan kata �atas� sebagai fitur kata sendi nama yang relevan digunakan dalam model AI. Contoh alkhwarizmi yang digunakan seperti analisis komponen utama (PCA), frekuensi istilah-frekuensi dokumen songsang (TF-IDF) dan beg kata (BoW). Lihat juga frekuensi istilah-frekuensi dokumen songsang (TF-IDF), beg kata (BoW). |
| cyanidation | pensianidaan | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengekstrak emas dan perak daripada bijih yang diolah dengan larutan natrium atau kalium sianida cair. |
| free-milling | kempa bebas | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengekstrak perak dan emas, melalui penghancuran dan pengamalgaman tanpa melibatkan proses-proses lain. |
| sonic extraction | pengekstrakan sonik | Herba | Fitokimia | Kaedah mengekstrak kandungan kimia daripada sampel dengan bantuan gelombang bunyi yang menghasilkan getaran. Melalui kaedah ini, pengekstrakan berlaku dengan lebih berkesan kerana sampel terlerai dan penggaulan sampel dengan pelarut berlaku dengan lebih aktif. |
| silver reactor | reaktor perak | Kejuruteraan | Tiada | Bekas untuk mengekstrak wap iodin daripada aliran gas dengan menggunakan argentum nitrat. |
| bacterial leaching | larut lesap bakteria | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengekstrak logam daripada amang lombong atau bijih yang rendah kandungan logamnya dengan menggunakan bakteria. |
| perlombongan data | data mining | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Proses mengekstrak dan menemukan pola yang bermakna sebagai maklumat atau pengetahuan yang berguna daripada set data bagi melaksanakan tugas seperti pengelasan, pengecaman dan pengelompokan. Proses ini lazimnya melibatkan pengekstrakan dan pemprosesan data dari pelbagai pangkalan data. Sebagai contoh, output daripada perlombongan data pelajar ialah model yang boleh digunakan untuk meramal prestasi dan tahap pelajar sebelum menduduki peperiksaan. |
| perlombongan teks | text mining | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses mengekstrak dan menemukan pola yang bermakna sebagai maklumat atau pengetahuan yang berguna daripada set data berbentuk teks bagi melaksanakan tugas seperti pengelasan, pengecaman dan pengelompokan. Proses ini melibatkan prapemprosesan dengan menggunakan teknik pemprosesan bahasa tabii (NLP) untuk mengubah data teks tidak berstruktur seperti dokumen elektronik, media sosial dan e-mel kepada maklumat berstruktur untuk tugas selanjutnya. Sebagai contoh, output daripada perlombongan teks dari korpus berita ekonomi ialah pola atau model yang boleh digunakan untuk meramal turun naik harga saham sesebuah syarikat. Lihat juga perlombongan data. |
| hexone | hekson | Kejuruteraan | Tiada | Pelarut organik yang digunakan untuk mengekstrak plutonium daripada bahan api terpakai. |
| extract layer | lapisan ekstrak | Kejuruteraan | Tiada | Lapisan pelarut untuk mengekstrak bahan larut ke dalamnya. |