| orderly close-down | tutup terus tertib | Kejuruteraan | Tiada | Memberhentikan sistem dengan menentukan permulaan tertib dan tiada kerosakan berlaku pada maklumat, dan pemberhentian ini akan mengemas kini rekod yang perlu dikemas kini dan tidak ada rekod yang mungkin ada ralat dikemas kini sekali lagi semasa sistem dimulakan semula. |
| web crawler | perangkak web | Teknologi Maklumat | Perisian | Satu atur cara komputer yang melayari laman web secara automatik dan berkaedah. Kebanyakan enjin gelintar menggunakan perangkak web sebagai alat untuk mengemas kini data. Perangkak ini mencipta satu salinan semua laman yang telah dilawati untuk diproses oleh enjin gelintar bagi mewujudkan indeks laman yang telah dimuat turun untuk mempercepatkan carian. Perangkak ini juga boleh digunakan untuk mengumpul maklumat yang spesifik daripada laman web seperti pungutan alamat e-mel. Sinonim lelabah web. |
| administrative state | negara pentadbiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mempunyai prinsip pemerintahan berasaskan kepada keabsahan peraturan yang terdapat dalam perlembagaan. Penubuhan negara pentadbiran bertujuan untuk mengemas tatacara pengurusan dan pentadbiran negara serta untuk mengelak daripada berlakunya gejala rasuah. Idea negara pentadbiran ini berkembang di Amerika Syarikat pada tahun 1887 sewaktu pentadbiran Woodrow Wilson dan di Malaysia semasa pentadbiran Tun Abdul Razak serta diteruskan oleh pimpinan berikutnya. |
| insertion order | arahan sisipan | Komunikasi | Korporat | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengiklan atau agensinya kepada media cetak bagi menyusuli arahan yang telah dibuat sebelumnya. Arahan bertulis ini menjelaskan spesifikasi dan memberikan kebenaran untuk menerbitkan iklan. Arahan ini mengandungi maklumat mengenai harga penerbitan, ruang halaman dan tarikh penerbitan yang dipersetujui. Tujuan arahan sisipan adalah untuk mengemas kini arahan yang terdahulu dan melakukan perubahan baharu tanpa mengubah reka bentuk iklan. Oleh sebab terdapat perubahan baharu, arahan ini turut melibatkan penambahan kos. |
| media planning | perancangan media | Komunikasi | Korporat | Proses menyusun strategi penyebaran mesej pengiklanan. Proses ini bermula dari peringkat penentuan idea kempen pengiklanan sehingga ke peringkat pemilihan media dan pemantauan keberkesanan media yang dipilih. Proses tersebut dilaksanakan bagi memastikan kesemua maklumat yang berkaitan dengan media yang terlibat dalam kempen pengiklanan diberi sepenuh perhatian untuk menjamin kejayaan kempen tersebut. Antara maklumat yang perlu diketahui termasuklah pengesahan siaran, masa siaran, dan kekerapan penerbitan iklan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian antara pihak media dengan agensi pengiklanan. Pihak perancang media juga menggunakan maklumat maklum balas sebagai alat untuk membaiki dan mengemas kini strategi perancangan pengiklanan seterusnya. |
| virus checker | penyemak virus | Teknologi Maklumat | Perisian | Aplikasi yang digunakan untuk mengesan dan menghapuskan virus dari sistem komputer. Penyemak virus biasanya memeriksa fail, atur cara dan storan mudah alih seperti pemacu jari. Proses penyemakan ini berasaskan tandatangan unik setiap virus yang telah dikesan sebelum ini. Oleh yang demikian, pengguna perlu selalu mengemas kini tandatangan penyemak virus supaya dapat mengesan virus terkini. Selain menghapuskan virus, penyemak ini juga boleh mengasingkan virus supaya virus tersebut tidak merebak ke tempat lain. Contohnya, AVG, Norton Antivirus, Karspersky dan ClamAV. |
| listserv | listserv | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian aplikasi senarai mel elektronik yang dibangunkan pada pertengahan tahun 1980-an untuk tujuan tertentu oleh sekumpulan pengguna. Listserv akan mengimbas pesanan mel bagi perkataan “subscribe” (melanggan) dan “unsubscribe” (tarik diri pelangganan) untuk mengemas kini senarai ahli secara automatik. Apabila seorang pelanggan hantar mel kepada senarai mel ini, seluruh ahli akan menerimanya. Contoh aplikasi yang sama adalah seperti Yahoo Groups Mail. |
| e-prescription | e-preskripsi | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Arahan doktor berkaitan dengan pengambilan ubat menggunakan sistem yang mempunyai pautan dengan Bahagian Farmasi untuk penyediaan dan pemberian ubat-ubatan kepada pesakit. Doktor hanya perlu memasukkan preskripsi pesakit ke dalam pangkalan data dan dihantar terus ke Bahagian Farmasi. Kaedah ini memudahkan proses kerja ahli farmasi, mengelakkan kesilapan pemberian ubat, mengurangkan masa menunggu pesakit dan mengemas kini sistem inventori farmasi. |