Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengemaskini


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative restructuringpenstrukturan semula pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan sesebuah organisasi dalam menyusun atur dan mengemaskini semula sistem pentadbiran yang sedia ada kepada satu struktur baru yang lebih sistematik. Penstrukturan semula pentadbiran melibatkan penyusunan kakitangan, penggunaan teknologi terkini, penerapan nilai baru, perancangan strategik, pengurusan saintifik, dan pengembangan kerjaya. Langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi dalam melaksanakan sesuatu bidang tugas serta meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

content delivery application[CDA])aplikasi pengedaran kandungan(CDA)Teknologi MaklumatTiadaSalah satu daripada dua bahagian sistem pengurusan kandungan. CDA menggunakan dan mengkompil maklumat untuk mengemaskini tapak Web.
Parliamentary SecretarySetiausaha Dewan Parlimen(penjawat awam)PentadbiranPentadbiran Awam

Petugas khas di parlimen yang menguruskan pentadbiran parlimen sesebuah negara. Setiausaha ini turut hadir dalam persidangan untuk mencatat dan mengemaskini semua maklumat atau perkembangan terbaru persidangan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk turut sama bersidang atau mengundi. Ia merupakan seorang anggota perkhidmatan awam dan bukan seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat.

pemodelan BayesBayes modellingKecerdasan BuatanPembelajaranPermodelan berasaskan prinsip kebarangkalian untuk menganalisis dan membangunkan model yang digunakan oleh sistem AI untuk melaksanakan tugas seperti pengelasan, pengelompokan, pengoptimuman dan perancangan. Model Bayes membolehkan sistem AI untuk menaakul dan mentakbir ketakpastian, membuat keputusan dan memodelkan fenomena kompleks secara berkesan. Model ini mengemaskini pengetahuan tentang parameter yang tidak pasti berdasarkan maklumat terdahulu dan maklumat dalam data cerapan.
routing tablejadual penghalaanTeknologi MaklumatTiadaSuatu jadual yang mengandungi maklumat untuk menentukan laluan terbaik bagi trafik data ke destinasinya melalui rangkaian. Maklumat yang disimpan dalam jadual ini adalah seperti kebolehpercayaan, beban, lengahan lebar jalur, MTU, kos komunikasi dan bilangan loncatan. Setiap penghala sentiasa berkongsi isi kandungan jadualnya dengan penghala jiran di dalam keseluruhan rangkaian bagi mengemaskini maklumat dalam jadualnya.
routing tablejadual penghalaanTeknologi MaklumatTiadaSuatu jadual yang mengandungi maklumat untuk menentukan laluan terbaik bagi trafik data ke destinasinya melalui rangkaian. Maklumat yang disimpan dalam jadual ini adalah seperti kebolehpercayaan, beban, lengahan lebar jalur, MTU, kos komunikasi dan bilangan loncatan. Setiap penghala sentiasa berkongsi isi kandungan jadualnya dengan penghala jiran di dalam keseluruhan rangkaian bagi mengemaskini maklumat dalam jadualnya.
mid term reviewpenyemakan semula pertengahan penggalPentadbiranPentadbiran Awam

Penilaian yang dilakukan terhadap sesuatu program, projek atau dasar pada peringkat pertengahan tempoh ia dilaksanakan. Penyemakan semula pertengahan penggal dibuat ke atas program ekonomi, pembangunan, belanjawan pemerintah atau syarikat serta sebarang bentuk dasar yang telah dilaksanakan. Semakan ini dibuat bagi mengetahui peringkat kejayaan yang telah dicapai atau meneliti sebarang kelemahan untuk penambahbaikan. Ia dilakukan pada masa separuh penggal, dengan harapan kerajaan dapat mengemaskini sebarang kelemahan bagi mengelak risiko yang lebih besar.


Kembali ke atas