Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengenalpasti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compliance auditaudit pematuhanPentadbiranTiadaMekanisme pemeriksaan yang sistematik dan bebas bagi menilai keberkesanan proses yang didokumenkan dan dilaksanakan menurut perancangan organisasi. Antara objektif utama audit pematuhan ialah pertama, mengenalpasti kepatuhan atau ketidakpatuhan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti sebagaimana yang ditetapkan. Kedua, mengenalpasti keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti di dalam memenuhi Dasar Kualiti yang ditetapkan. Ketiga, memberi peluang kepada juruaudit untuk menambah baik sistem. Audit ini dijalankan untuk memastikan pengurusan pentadbiran dan kewangan di jabatan atau agensi dilaksanakan mengikut prosedur, undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Audit pematuhan juga bertujuan untuk menentukan sesuatu aktiviti jabatan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Audit pematuhan adalah satu keperluan di bawah Piawaian Antarabangsa ISO 9001 dan tidak terikat dengan Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah organisasi. Di samping itu, audit ini juga menilai keberkesanan Sistem
risk managementpengurusan risikoPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan untuk mengenalpasti masalah, konflik atau isu yang dihadapi oleh organisasi dan seterusnya cuba mengurang dan menghapuskannya. Biasanya pelbagai kaedah digunakan oleh majikan untuk mengurangkan tekanan atau beban organisasi. Analisis SWOT (Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) biasanya menjadi amalan pihak pengurusan atasan dalam mengurus risiko. Contoh, proses kenaikan pangkat yang lebih telus dan terbuka bagi mengelak ketidakpuasan hati pekerja dan hari keluarga serta dan sanggar kerja yang diadakan bagi mengatasi masalah hubungan renggang antara sesama pekerja atau antara pekerja-majikan.

managing the riskmengurus risikoPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan atasan untuk mengenalpasti apakah bentuk masalah, konflik atau isu yang dihadapi oleh organisasi. Biasanya pelbagai kaedah digunakan oleh majikan untuk mengurangkan tekanan atau beban organisasi. Analisis SWOT (Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) biasanya menjadi amalan pihak pengurusan atasan dalam mengurus risiko. Contoh risiko yang biasa berlaku dalam organisasi ialah hubungan yang tidak baik di kalangan pekerja, majikan – pekerja, disiplin kakitangan, produktiviti lemah, ancaman persekitaran luaran organisasi seperti kedudukan ekonomi negara, persaingan, keadaan politik dan sebagainya.

komunikasicommunicationKecerdasan BuatanKomunikasiSubbidang teras AI yang merangkumi pemprosesan bahasa tabii dan bahasa komunikasi lain yang merujuk kepada keupayaan mesin untuk mengenalpasti, memahami dan/atau menjana maklumat dalam bentuk teks, suara atau isyarat untuk berinteraksi antara manusia-manusia, manusia-mesin atau mesin-mesin.
pilot testingujian rintisTeknologi MaklumatTiadaProses menilai sesuatu perisian/perkakasan dalam persekitaran yang lebih kecil berbanding dengan persekitaran sepenuhnya dalam sesebuah organisasi. Ujian rintis dijalankan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah yang timbul sebelum pelaksanaan sepenuhnya dilakukan. Contohnya, pelaksanaan sekolah bestari dirintis dahulu di berapa sekolah sebelum diperluas di sekolah seluruh negara.
keselamatan AIAI safetyKecerdasan BuatanPerkhidmatanKecaknaan terhadap sistem AI yang tidak memudaratkan, berbahaya atau mengapa-apakan pengguna terutamanya apabila berlaku kegagalan ataupun kesilapan keputusan. Contohnya, gagal mengenalpasti pengguna, salah tapis penggodam dan kecelakaan akibat kesilapan pemanduan kendiri. Antara punca utama kegagalan termasuklah data latihan tidak mencukupi, keterhadan penguasaan bahasa, dan ketakfleksibelan terhadap persekitaran
genetic interaction mappingpemetaan interaksi genetikBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang digunakan untuk memaparkan hubungan di antara gen-gen dan interaksi fizikal di antara protein-protein secara sistematik. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti fungsi sesuatu gen baru dengan melihat bagaimana perlakuan gen mempengaruhi fenotip.
problem solvingpenyelesaian masalahPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang diambil untuk menamatkan sesuatu krisis, perbalahan, kerumitan atau persoalan. Usaha ini melibatkan pemikiran atau proses kognitif yang mendalam dan memerlukan penguasaan kemahiran tertentu. Usaha ini akan cuba mengenalpasti punca masalah, menjana dan menilai penyelesaian alternatif, memilih penyelesaian yang terbaik, melaksanakan penyelesaian yang dipilih dan menilai hasil. Biasanya penyelesaian masalah dalam sesebuah organisasi dibuat oleh pihak pengurusan atasan dengan kerjasama ahli organisasi tersebut. Penyelesaian masalah kini sudah mempunyai pelbagai teknik seperti introspection, behaviurisme, computer modeling, simulasi dan eksperimen. Dalam keadaan tertentu, kerjasama dari pihak luar organisasi diperlukan bagi penyelesaian sesuatu masalah, misalnya sistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan turut memerlukan sokongan daripada agensi lain untuk menyelesaikan sesuatu kesulitan.

risikan keputusandecision intelligenceKecerdasan BuatanPerkhidmatanMetodologi dan set proses serta teknologi bagi kitaran pembuatan keputusan yang lebih baik termasuk hasil keputusan yang diurus, dipantau, dinilai, dan ditambah baik melalui maklum balas. Risikan keputusan adalah pembuatan keputusan berkaitan tindakan-ke-hasil. Contohnya, bermula tindakan mengenalpasti keperluan keputusan, memodel atau merisik atau menyiasat beberapa kemungkinan keputusan, menaakul dan memilih keputusan terbaik dan menilai semula hasil keputusan. Metodologi ini menggunakan pelbagai alkhwarizmi yang terdapat dalam bidang sains data, sains pengurusan, sains keputusan dan kecerdasan buatan. Selain itu, risikan keputusan ini tertumpu kepada penggunaan kaedah analitik dan pengkomputeran lanjutan untuk membantu individu dan organisasi dalam membuat keputusan berpacukan data. Sebagai contoh, dalam risikan keputusan pembentukan istilah, melibatkan pelbagai teknik seperti analitik deskriptif, pembelajaran mesin dan capaian semula maklumat. Lihat juga risikan.
policy evaluationpenilaian dasarPentadbiranPentadbiran Awam

Ditakrifkan sebagai suatu perkara yang amat penting demi menjamin kecemerlangan dan kejituan pelaksanaan sesuatu dasar awam. Ianya melibatkan empat tahap penilaian yang menjadi tunjang keefisienan sesuatu dasar yang dilaksanakan. Tahap-tahap tersebut ialah Penilaian Tahap Pengenalan Masalah (tahap mengenalpasti masalah dan factor penyebab kepada sesuatu isu), Penilaian Tahap Penerimaan Dasar (Fokus kepada analisis faedah, kos, kesan politik, ekonomi,kesan social dan moral sesuatu dasar terhadap kesejahteraan awam), Penilaian Tahap Pelaksanaan Dasar (Proses pemantauan maklumat tentang operasi dasar oleh golongan pelaksana dasar diteliti oleh eksekutif yang bertanggung jawab bagi memperbaiki keberkesanan dan keefisienan gaya pelaksanaan) dan Penilaian Tahap Pasca Pelaksanaan (Proses menilai faedah dan kesan keseluruhan selepas tamat tempoh pelaksanaa sesuatu dasar).

12

Kembali ke atas