Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.him.pun.kan] | مڠهيمڤونکن

Definisi : mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dll): maka baginda me­nyuruh ~ segala orang besar-besar di dlm negeri Samudera; JPM berusaha menyam­paikan ilmu yg telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.him.pun.kan] | مڠهيمڤونکن

Definisi : mengumpulkan (orang dll): Maka baginda menyuruh ~ orang besar di negeri Samudera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chunkingpengelompokanSains SukanBiomekanikTeknik raptai memori dengan menghimpunkan pelbagai maklumat yang berhubung kait sebagai satu kelompok maklumat.
platform AIAI platformKecerdasan BuatanPerkhidmatanTeknologi bersepadu yang menghimpunkan alat, kerangka dan perkhidmatan untuk menyokong pembangunan, pemasangan, pengujian dan pengurusan penyelesaian atau model AI. Platform ini lazimnya menyediakan API (Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi) atau SDK (Kit Pembangunan Perisian) bagi membolehkan pembangun menyepadukan keupayaan AI ke dalam aplikasi, produk atau perkhidmatan mereka. Melalui platform sedemikian, pembangun dapat memanfaatkan fungsi AI tanpa perlu membina alkhwarizmi yang kompleks dari awal. Contoh platform AI termasuk Microsoft Azure AI, OpenAI, Google Cloud Vertex AI, watsonx (dahulu IBM Watson), dan Amazon SageMaker.
accumulationtimbunan; tumpukan; penimbunan; penumpukan; pengumpulanSosiologiPembangunan Manusia1. Perbuatan mengumpulkan atau menghimpunkan sesuatu benda atau tugas. 2. Benda yang dikumpulkan, dihimpunkan, dilonggokkan atau ditompokkan.
master accountakaun indukPentadbiran PerniagaanTiadaAkaun yang dikenali juga bil induk disediakan untuk sesuatu kumpulan yang menghimpunkan semua caj kumpulannya.
pengelompokanclusteringKecerdasan BuatanPembelajaranKaedah pembelajaran mesin tak terselia yang membina model daripada data latihan tidak berlabel dengan mengelompokkan titik data berdasarkan darjah persamaan antara data tersebut. Kaedah ini menghimpunkan data yang berkongsi ciri atau pola yang serupa ke dalam gugusan atau kelompok tertentu. Pengelompokan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti pembahagian pelanggan, pembahagian imej dan pengesanan anomali. Pemilihan alkhwarizmi pengelompokan bergantung pada sifat data, hasil yang diperlukan dan ciri khusus masalah yang ingin diselesaikan. Antara alkhwarizmi yang biasa digunakan ialah K-min, Pengelompokan Jangkaan�Maksimum dan Pengelompokan Hierarki Aglomeratif. Lihat juga pembelajaran mesin tak terselia.
parliamentparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganDewan perundangan yang terdapat di negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Institusi ini merupakan dewan legislatif iaitu tempat menggubal atau meminda undang-undang. Dewan ini menghimpunkan semua anggota parlimen untuk membincangkan persoalan undang-undang dan dasar pemerintahan negara. Parlimen akan dibubar secara berkala lazimnya empat atau lima tahun sekali untuk memberi ruang kepada orang ramai memilih perwakilan yang baru. Terdapat parlimen yang dipecah kepada dua dewan iaitu dewan tinggi dan dewan rendah seperti di Malaysia dan juga parlimen yang hanya mempunyai satu dewan seperti di Singapura. Parlimen mungkin mempunyai nama yang berbeza di negara lain seperti Diet di Jepun dan Knesset di Israel.

Kembali ke atas