| thermal conductivity | kekonduksian terma | Kimia | Tiada | Nilai keupayaan sesuatu bahan untuk mengkonduksi tenaga haba. Kekonduksian diukur sebagai kadar aliran haba antara dua muka yang bertentangan terhadap satu meter padu bahan apabila beza suhunya ialah 1 kelvin. Dalam unit SI, kekonduksian terma, l atau k, diukur dalam unit joule per saat per meter per kelvin, Js-1 m-1K-1. |
| myelinization | kemielinan | Sains Sukan | Biomekanik | Lapisan yang menyelaputi akson pada neuron bagi membolehkan neuron berfungsi untuk mengkonduksi impuls saraf. Lapisan yang disebut sebagai salut mielin ini menyelaputi struktur akson bagi membolehkan impuls saraf bergerak dengan lebih cepat. |
| itinerant ferromagnetism | keferomagnetan itineran | Fizik | Nanoteknologi | Keferomagnetan yang dihasilkan daripada spin elektron konduksi yang bergerak sepanjang kekisi. Contohnya, pepejal molekul C60 bersifat keferomagnetan walaupun tidak mempunyai elektron tak berpasangan. Sifat keferomagnetan ini terhasil daripada sumber elektron mengkonduksi disebabkan kecacatan dalam pepejal. |
| scanning tunneling microscope (STM)] | mikroskop penerowongan imbasan (STM) | Fizik | Nanoteknologi | Mikroskop yang mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu penduga tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara penduga dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata penduga ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara penduga dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik penduga semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbas penduga (SPM). Banding mikroskop daya atom. |
| scanning tunneling microscope (STM) | mikroskop penerowongan pengimbasan (STM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu kuar tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara kuar dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata kuar ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara kuar dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik kuar semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbasan kuar (SPM). |