| green hushing | diam hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Perihal organisasi yang sengaja tidak menguar-uarkan matlamat kemampanan untuk mengelakkan daripada disalah anggap, dituduh acah hijau atau dianggap gagal mencapai matlamat organisasi. |
| pseudo-event | peristiwa buatan | Komunikasi | Korporat | Acara atau peristiwa yang diuar-uarkan secara besar-besaran oleh sesebuah syarikat pengeluar barangan bagi mewujudkan suasana yang boleh menggalakkan kegiatan pemasaran yang lebih agresif. Contohnya, menguar-uarkan isu kemalangan jalan raya secara besar-besaran di media cetak atau media elektronik. Tindakan ini boleh meningkatkan pemasaran barangan yang berkaitan dengan keselamatan ken-deraan. Contoh lain, membesar-besarkan sebarang bentuk perayaan di media massa. Tindakan ini boleh mewujudkan keghairahan khalayak untuk membeli-belah. Sinonim kejadian buatan. |