| decipher | tafsir | Sejarah | Tiada | Perbuatan membaca atau mentafsirkan sesuatu yang ditulis secara rahsia biasanya tulisan Mesir Lama pada dinding binaan purba atau apa bentuk tulisan untuk mudah difahami. |
| apperception | appersepsi | Perubatan | Tiada | Keupayaan untuk menerima, menilai dan mentafsirkan sesuatu rangsangan deria. |
| reciprocal lattice | kekisi salingan | Kejuruteraan | Tiada | Konsep matematik yang digunakan bagi mentafsirkan masalah belauan dalam struktur tiga dimensi. |
| accounting convention | konvensyen perakaunan | Pentadbiran | Tiada | Amalan perakaunan yang digunakan untuk mentafsirkan konsep, perakaunan, iaitu konvensyen konservatisme, ketekalan, kebendaan dan sebagainya. |
| jurisdictional error | kesilapan bidang kuasa | Undang-undang | Tiada | Kesilapan sesuatu pihak berkuasa mentafsirkan undang-undang atau fakta dalam menentukan bidang kuaanya untuk membuat sesuatu keputusan. |
| spatial disorientation | penanaran/disorientasi ruang | Aeroangkasa | Tiada | Ketidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk. |
| spatial disorientation | penanaran/disorientasi ruang | Aeroangkasa | Tiada | Ketidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk. |
| spatial disorientation | penanaran ruang/disorientasi ruang | Aeroangkasa | Tiada | Ketidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk. |
| biographical criticism | kritikan biografi | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan |
| computer vision | penglihatan komputer | STEM | Tiada | Sistem atau algoritma yang dibangunkan untuk membolehkan mesin dan komputer memahami serta mentafsirkan imej dan video. |