| risikan | intelligence | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Proses mengumpulkan dan menyepadukan data dan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyokong pembuatan keputusan termaklum dan pembangunan sistem. Contoh sumber risikan ialah internet benda (IoT), laman web, pangkalan data dan media sosial. Contoh risikan adalah risikan bisnes, risikan keputusan dan risikan perisian. |
| knowledge engineering | kejuruteraan pengetahuan | Teknologi Maklumat | Tiada | Disiplin kejuruteraan yang menyepadukan pengetahuan dalam sistem komputer bagi penyelesaian masalah komputer yang memerlukan kepakaran yang tinggi. |
| multimedia | multimedia | Teknologi Maklumat | Tiada | Sebarang aplikasi atau persembahan berasaskan komputer yang menyepadukan teks, grafik, video, animasi dan bunyi. |
| endocrine system | sistem endokrin | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sistem yang menyelaraskan atau menyepadukan fungsi yang terdapat pada haiwan. |
| tools | perkakas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Kelengkapan sesebuah kilang atau perusahaan untuk menghasilkan reka bentuk, membuat barang, menyepadukan mesin, perkakas mesin, acuan khusus, jig dan lekapan serta peralatan dalam proses pemasangan dan pengilangan produk secara besar-besaran pada kos yang paling minimum. |
| concentrator | pemekat;penumpu | Teknologi Maklumat | Tiada | 2. Penumpu : Peranti yang menyelia trafik komunikasi dalam persekitaran komunikasi data, menyepadukan mesej bagi beberapa peranti kelajuan rendah dan menghantarkannya melalui satu laluan data kelajuan tinggi. |
| integrated care electronic health record (ICEHR) | rekod perkhidmatan kesihatan elektronik rawatan bersepadu (ICEHR) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Aplikasi elektronik yang menyepadukan semua rekod penjagaan kesihatan dari lokasi dan sumber yang berbeza dalam satu pangkalan data. Tujuan utamanya adalah untuk menyokong penjagaan kesihatan bersepadu yang berterusan, cekap dan berkualiti. Lihat juga rekod kesihatan elektronik (EHR). |
| original equipment manufacturer | pengilang peralatan asli | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengeluar sesuatu alat. Pengeluar komputer biasanya membeli komponen daripada pengilang asal dan menyepadukan dengan produk mereka yang lain. Ia kemudian dijual kepada masyarakat umum di bawah label syarikat mereka sendiri. |
| corporate social responsibility (CSR) | tanggungjawab sosial korporat (CSR) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Amalan pengurusan sesebuah syarikat yang menyepadukan usaha sosial dan alam sekitar ke dalam operasi perniagaan dan hubungan dengan pemegang kepentingan. |
| cognitive behaviour modification | modifikasi tingkah laku kognitif | Pendidikan | Tiada | Perubahan tingkah laku yang menyepadukan teori tingkah laku dengan pengetahuan tentang kognisi. la menekankan perubahan tingkah laku seseorang yang dipandu oleh proses pemikiran. |