Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Peribahasa

Seperti gajah putih ditambat.

Bermaksud :

Seseorang yang merugikan orang yang memeliharanya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symbiosissimbiosisPerubatanTiadaPerdampingan hidup antara dua organisma yang berlainan. Perdampingan ini mungkin boleh: (a) menguntungkan kedua-dua pihak (mutualisme), (b) menguntungkan satu pihak sebarang kesan kepada pihak yang satu lagi (komensalisme), (c) menguntungkan tanpa satu pihak, tetapi merugikan pihak yang satu lagi (parasitisme), (d) merugikan satu pihak tanpa sebarang kesan kepada pihak yang satu lagi (amensalisme), (e) merugikan kedua-dua pihak (sinnekrosis).
adverse concequencesakibat buruk; akibat merugikanPentadbiranTiadaTiada
business failuregagal niagaPentadbiranTiadaUsaha perniagaan yang merugikan.
pestperosakBiologiPatologiOrganisma yang menganggu, merosakkan dan merugikan manusia, ternakan dan benda lain secara langsung atau tidak. Perosak termasuklah patogen, nematod, serangga, rumpai, haiwan besar seperti tikus dan gajah.
barratrybaratriPelayaranTiadaPerbuatan yang dilakukan oleh nakhoda atau anak kapal yang merugikan pemilik kapal, penyewa atau pengeluar insurans seperti melarikan, meninggalkan atau menenggelamkan kapal.
advantage ruleperaturan advantejSukanTiadaWisel tidak dibunyikan terhadap kesalahan yang akan merugikan pihak lawan.
safety hazardmudarat keselamatanAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialKeadaan yang berpotensi membahayakan dan merugikan manusia, alam sekitar dan harta benda.
churn ratekadar pulangan pelangganTeknologi MaklumatTiadaKadar langganan klien yang membatalkan langganan untuk mendapatkan langganan perkhidmatan daripada syarikat lain. Kadar yang tinggi merugikan syarikat kerana perbelanjaan untuk menarik pelanggan baru melalui iklan dan pemasaran lebih tinggi. Sinonim pulangan pelanggan
fraudulent misrepresentationsalah nyata tipuan; salah nyata fraudPentadbiran PerniagaanTiadaKenyataan yang sengaja dipalsukan bertujuan supaya orang lain bertindak ke atas kenyataan tersebut yang boleh merugikan mereka atau kenyataan yang dibuat secara lalai atau cuai tanpa mengambil kira sama ada kenyataan itu benar atau palsu.
twistingpembelitaninsuransTiadaPerbuatan mempengaruhi pemilik polisi supaya membatalkan polisinya dengan tujuan untuk menggantikan polisi tersebut dengan yang lain. Amalan ini dianggap tidak beretika kerana ia merugikan pemilik polisi.
12

Kembali ke atas