Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metamfetamina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stimulantsperangsangPsikologiPsikologi UmumDadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian.
cross-reacting antibodyantibodi tindakan balas silangSains ForensikTiadaAntibodi yang boleh bertindak balas dengan antigen selain daripada antigen khusus yang mengaruh penghasilannya. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, antibodi yang bertindak balas dengan metamfetamina juga boleh bertindak balas terhadap pseudoefedrina dan tindakan balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu. Lihat juga positif palsu.
cross-reacting antigenantigen tindak balas silangSains ForensikTiadaAntigen yang boleh bertindak balas dengan antibodi yang penghasilannya diaruh oleh antigen lain. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, pseudoefedrina boleh bertindak balas terhadap antibodi yang dirangsangkan oleh metamfetamina dan tindak balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu.

Kembali ke atas