| thin layer chromatography | kromatografi lapis tipis | Kimia | Forensik | Kromatografi jenis mikro. Lapisan nipis penjerap, biasanya gel silika khas, disapu pada permukaan kaca, atau digabungkan ke dalam filem plastik. Larutan yang hendak dikaji dititiskan pada satu hujung plat kaca, dan hujung ini kemudiannya direndam dalam pelarut. Pelarut membawa titisan larutan kajian ke bahagian atas plat berdasarkan pemisahan berpilih. Satu perbandingan dengan piawai kemudiannya dibuat untuk mengenal pasti kandungan larutan kajian tersebut. |