| post translational modification | modifikasi pascatranslasi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses yang menentukan kefungsian protein. Proses ini berlaku selepas biosistensis protein yang merujuk kepada modifikasi enzimatik dan kovalen, contohnya fosforilasi, sulfurasi dan glikosilasi. |
| epigenetics | epigenetik | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Subbidang ilmu genetik yang mengkaji perubahan fungsi gen yang boleh diperturunkan daripada induk kepada progeni tanpa perubahan dalam jujukan DNA. Epigenetik berkait rapat dengan proses metilasi bes sitosina DNA, modifikasi histon dan modifikasi kromatin jenis lain. Lihat juga pepulau CpG. |
| cognitive behavior modification (CBM) | modifikasi tingkah laku kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Satu proses penggabungan antara prinsip pembelajaran kognitif dengan tingkah laku untuk membentuk dan menggalakkan tingkah laku yang diingini. Proses ini berlaku berdasarkan pada tiga andaian, iaitu tingkah laku individu diperantarakan melalui peristiwa kognitif, perubahan dalam persekitaran akan membawa perubahan kepada tingkah laku dan individu merupakan seorang yang aktif dalam pembelajaran. Secara umumnya, modifikasi tingkah laku kognitif mengandaikan bahawa individu mempunyai kebolehan dan keupayaan memilih untuk memantau dan mengurus tingkah laku sendiri. |
| behaviour modification | modifikasi tingkah laku | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| behavioural modification | modifikasi kelakuan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
| behavioural modification | modifikasi kelakuan | Perhutanan | Tiada | Tiada |
| behaviour modification | modifikasi tingkah laku | Sosiologi | Tiada | Sebarang pendekatan yang digunakan untuk mengubah tingkah laku pesakit atau seseorang secara langsung. |
| behaviour modification | modifikasi tingkah laku | Perubatan | Tiada | Sebarang pendekatan yang digunakan untuk mengubah tingkah laku pesakit atau seseorang secara langsung. |
| behaviour modification | modifikasi tingkah laku | Psikologi | Tiada | Tiada |
| cognitive behaviour modification | modifikasi tingkah laku kognitif | Pendidikan | Tiada | Perubahan tingkah laku yang menyepadukan teori tingkah laku dengan pengetahuan tentang kognisi. la menekankan perubahan tingkah laku seseorang yang dipandu oleh proses pemikiran. |