Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Peribahasa

Kalau tak pandai menggelamai,
     bercirit kambinglah kelak,
dikunyah patah gigi,
     ditelan sembelit.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bolusbolusMakanan dan PemakananPemakananBebola makanan yang telah dikunyah dan bercampur dengan air liur yang sedia untuk ditelan. Bebola ini boleh berupa kaca yang melarut dengan perlahan yang mengandungi kuprum, selenium dan kobalt sebagai sumber pelengkap mineral surih. Biasanya mineral surih ini digabungkan dengan natrium, fosforus, kalsium dan magnesium oksida, serta boleh membekalkan kesemua unsur ini bagi tempoh 12 bulan. Pembentukan bolus yang lembut membolehkan makanan bergerak lebih mudah melalui kawasan-kawasan yang berlainan dalam sistem pencernaan.
regurgitationperegurgitatanVeterinarTiadaProses mengeluarkan makanan dari rumen, kemudiannya masuk semula ke farinks dan rongga mulut untuk dikunyah semula. Pergerakan ini berlaku melalui proses antiperistalsis. Proses ini berlaku pada ternakan ruminan secara terkawal dan dalam keadaan haiwan berkenaan dalam keadaan rehat. Proses ini juga dipanggil peruminatan. Proses ini berlaku untuk menghancurkan lagi makanan berserabut yang masih kasar dan panjang supaya mudah dicerna oleh mikrob.
macerationpemaseratanMakanan dan PemakananMakananKaedah melembutkan atau menghancurkan makanan dengan menggunakan cecair seperti larutan berperisa, gula atau alkohol. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mentah, kering atau diawet selalunya dimaseratkan dan makanan ini akan menyerap perisa cecair tersebut. Gula atau garam ditabur di atas buah-buahan segar yang lembut seperti strawberi atau raspberi, supaya buah-buahan tersebut mengeluarkan jusnya sendiri. Proses ini akan membuatkan makanan tersebut lebih berperisa dan mudah untuk dikunyah dan dihadamkan.

Kembali ke atas