| breakaway pole | tiang mudah patah | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tiang atau perabot jalan yang mudah patah bila dilanggar kenderaan untuk mengurangkan kecederaan kepada pengguna jalan raya. |
| brittle bone | tulang rapuh | Perubatan | Tiada | Tulang yang tidak terbentuk dengan sempurna, lalu mudah patah; osteogenesis imperfekta. |
| brashness | rapuh | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keadaan kayu yang mempunyai nilai rintangan hentaman yang rendah, dan mudah patah pada kelenturan yang kecil tanpa mengeluarkan selumbar. |
| aluminium conductor | pengalir aluminium | Teknik | Elektrik | Pengalir elektrik yang mengandungi 99% aluminium tulen. Pengalir dari bahan ini tidak sesuai untuk dijadikan pengalir yang berukuran kurang daripada 10 mm persegi, kerana mudah patah dan kesan kakisannya tinggi. Oleh itu, pengalir ini biasanya tidak bertebat dan dijadikan pengalir talian atau pengalir haba yang baik untuk perkakas elektrik, seperti cerek dan tapak seterika. Pengalir aluminium mempunyai kealiran 62%, dan jika dibandingkan dengan kuprum, harganya dua kali ganda lebih murah dan 50% lebih ringan, tetapi oleh sebab rintangannya jauh lebih tinggi berbanding dengan kuprum, pengalir aluminium merupakan pengalir yang kurang baik. |
| fluorosis | fluorosis | Pergigian | Tiada | Keadaan patologi yang terjadi pada gigi disebabkan ion fluorida yang berlebihan dalam struktur enamel. Hasilnya akan terjadi bintik-bintik putih pada gigi dan struktur gigi menjadi lemah dan mudah patah. Fluorosis disebabkan peratusan ion fluorida dalam bekalan air melebihi 7 ppm atau akibat pengingesan ubat gigi berfluorida tinggi. Dalam kes yang teruk, gigi ini boleh dirawat dengan rawatan korona. |
| hazard trees | pokok berbahaya | Pertanian | Agroteknologi | Pokok-pokok yang mempunyai risiko menyebabkan kerosakan kepada harta benda atau mencederakan manusia kerana mempunyai beberapa ciri yang berbahaya. Contohnya, pokok besar yang ditanam di tepi jalan yang dahannya mudah patah atau pokok yang akarnya tidak kuat dan mudah tumbang apabila ditiup angin kencang. Suatu masa dahulu, pokok angsana banyak ditanam di Kuala Lumpur tetapi kini tidak lagi ditanam kerana sifatnya yang mudah tumbang dan mempunyai dahan yang rapuh. Contoh lain ialah pokok pompom yang juga berbahaya kerana buahnya mempunyai racun. Selain itu, pokok-pokok yang diserang penyakit dan perosak juga dianggap sebagai pokok berbahaya kerana dahannya mudah patah dan boleh merosakkan harta benda. |
| basal stem rot | busuk pangkal batang | Biologi | Patologi | Busuk pada pangkal batang pohon saka di kawasan yang berhampiran aras tanah. Contohnya ialah busuk pangkal batang kelapa sawit yang disebabkan oleh Ganoderma spp. Pokok yang terserang biasanya berlubang sehingga mudah patah. Ini merupakan penyakit yang utama pada kelapa sawit di Tenggara Asia, Termasuk Malaysia. bd. busuk batang atas. |
| basal stem rot | busuk pangkal batang | Kimia | Tiada | Busuk pada pangkal batang pohon saka di kawasan yang berhampiran aras tanah. Contohnya ialah busuk pangkal batang kelapa sawit yang disebabkan oleh Ganoderma spp. Pokok yang terserang biasanya berlubang sehingga mudah patah. Ini merupakan penyakit yang utama pada kelapa sawit di Tenggara Asia, Termasuk Malaysia. bd. busuk batang atas. |
| stem bleeding | batang berdarah | Biologi | Patologi | Penyakit pada batang kelapa yang disebabkan oleh kulat peringkat Chalara daripada Ceratocystis paradaxo. Gejala utamanya berupa pengeluaran cairan merah keperangan seperti darah daripada retak-retak yang terdapat pada batang. Apabila kering, cairan ini berubah warna menjadi perang. batang kelapa yang terserang penyakit ini didapati berlubang di bahagian tengahnya dan mudah patah. |
| stem bleeding | batang berdarah | Kimia | Tiada | Penyakit pada batang kelapa yang disebabkan oleh kulat peringkat Chalara daripada Ceratocystis paradaxo. Gejala utamanya berupa pengeluaran cairan merah keperangan seperti darah daripada retak-retak yang terdapat pada batang. Apabila kering, ciran ini berubah warna menjadi perang. batang kelapa yang terserang penyakit ini didapati berlubang di bahagian tengahnya dan mudah patah. |