| cold summer | musim panas sejuk | Geografi | Tiada | Nilai suhu yang rendah pada musim panas membuat musim panas tersebut kurang panas daripada biasa. |
| cool summer | musim panas dingin | Geografi | Tiada | Musim panas di mana suhu hariannya adalah rendah daripada biasa. |
| summer | musim panas | Matematik | Tiada | Tempoh dari solstis musim panas hingga ekuinoks musim luruh, iaitu di antara Jun dengan bulan Ogos di hemisfera utara dan bulan Disember dengan bulan Februari di hemisfera selatan. |
| summer monsoon | monsun musim panas | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Monsun yang beasal daripada lautan dan bertiup pada musim panas. Di Malaysia, monsun ini berlaku antara Mei hingga Ogos, dan lebih dikenali sebagai monsun barat daya. |
| summer house | rumah musim panas | Landskap | Tiada | Rumah yang terletak di luar bandar untuk berehat dan melakukan pelbagai aktiviti lain terutamanya pada musim panas. |
| sun suit | sut musim panas | Kesenian | Tiada | Pakaian yang terdiri daripada seluar pendek, bersambung dengan bib dan bertali bahu. Pakaian kanak-kanak semasa bermain pada musim panas. |
| summer spore | spora musim panas | Biologi | Mikologi | Spora yang dihasilkan dengan banyaknya pada musim pertumbuhan tumbuhan yang cepat, iaitu pada musim panas. Spora ini dapat bercambah dengan segera selepas pembentukannya. bd. spora musim sejuk. |
| snow line | garis salji | Hidrologi | Tiada | (1) Garis salji iklim. Ketinggian terendah lapisan selanjar salji pada musim panas di pergunungan tinggi. (WMO) (2) Garis salji orografik. Ketinggian terendah salji wujud berterusan di permukaan bumi dalam bentuk bambang berasingan pada musim panas. |
| snow line | garis salji | Sains | Hidrometeorologi | 1. Bagi garis salji iklim, ketinggian terendah keselanjaran salji wujud pada musim panas di pergunungan tinggi. 2. Bagi garis salji orografi ketinggian terendah salji wujud berterusan di permukaan bumi dalam bentuk bambang berasingan pada musim panas. |
| cool season crop | tanaman musim dingin | Pertanian | Agronomi | Berkaitan tanaman di kawasan iklim suhu sederhana yang mengalami musim dingin, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Tanaman musim dingin adalah tanaman yang sesuai ditanam dalam suhu yang agak rendah, iaitu pada musim bunga atau musim luruh, dan kurang sesuai ditanam pada musim panas. Contoh tanaman musim dingin ialah bawang, ubi kentang, kobis, brokoli dan kacang pis. Tanaman ini lebih sesuai pada suhu kurang daripada 24oC dan tahan terhadap keadaan fros atau suhu yang di bawah tahap beku (0oC). Di kawasan tropika, tanaman musim dingin hanya boleh ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands. |