| ordre | ordre | Muzik | Tiada | Koleksi karya hapsikord seperti suite Barok. Istilah ini digunakan oleh Couperin dan komposer Perancis yang lain pada abad ke-18. Sebuah ordre mengandungi beberapa gerakan muzik yang bertajuk khas. Contohnya, Vingt-Cinquieme Ordre oleh Couperin (1668-1733). |
| huqin | huqin | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon. Huqin ialah alat tali yang digesek yang berasal dari China. Badannya berbentuk heksagon. Pada sebelah muka belakang alat muzik ini dibiarkan terbuka, sementara pada sebelah muka hadapan alat muzik ini pula ditutup dengan menggunakan kulit ular. Alat muzik ini mempunyai dua tali dan berleher panjang. Penggesek dipasang kekal antara dua tali. Alat muzik ini dimainkan dalam pelbagai ensembel muzik Cina. Terdapat beberapa jenis huqin seperti erhu, panhu, gaohu dan yehu. |