| supranationalism | supranasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya. |
| refugee; | pelarian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konvensyen PBB pada tahun 1951 mendefinisikan pelarian sebagai seseorang yang berada di luar negaranya, dan takut dihukum kerana berkaitan dengan kaum, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam sesebuah pertubuhan sosial atau fahaman politik. Akibat takut dihukum, individu tersebut enggan mendapatkan perlindungan daripada negaranya sendiri dan tidak mahu kembali ke negara asalnya. |
| foreign company | syarikat asing | Pentadbiran | Tiada | Syarikat luar yang ditubuhkan berdasarkan undang-undang negaranya sendiri, dan bukannya mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh negara syarikat itu menjalankan aktiviti perniagaannya. |
| debtor nation | negara penghutang | Sejarah | Tiada | Negara yang berhutang dengan negara-negara lain melebihi kadar pelaburan luar negaranya. |
| enemy aliens | orang asing musuh | Undang-undang | Tiada | Orang asing yang berada di negara yang bermusuhan dengan negaranya. |
| statesman | negarawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia. |
| diplomatic etiquette | adab tertib diplomatik | Sejarah | Tiada | Peraturan yang menentukan perilaku seseorang diplomat atau orang yang menjadi wakil negaranya di negara asing. |
| visa waiver | pengecualian visa | Pelancongan | Tiada | Kebenaran yang diberikan oleh sesebuah negara kepada rakyat negara lain untuk memasuki negaranya tanpa permit. |
| supranational government | kerajaan supranasional | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang mempunyai darjah kekuasaan tertentu ke atas satu wilayah yang berada di luar sempadan negaranya. Kuasa kerajaan tersebut diterima dan diiktiraf oleh rakyat di wilayah yang berkenaan. Walaupun wilayah ini memiliki kerajaan sendiri, namun penghormatannya kepada negara besar tersebut cukup tinggi sehingga keakurannya menjejaskan kedaulatannya. Kerajaan Amerika Syarikat dapat dianggap bersifat supranasional dalam konteks penguasaannya ke atas negara lain seperti Puerto Rico. |
| annexation | penggabungan paksa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara untuk menggabungkan sesuatu daerah atau wilayah negara lain atau wilayah tanpa tuan sebagai wilayah negaranya. Dalam konteks hubungan antarabangsa, tindakan penggabungan haruslah berlaku secara formal dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Tindakan penggabungan ini biasanya dibuat berasaskan alasan pertalian persaudaraan serumpun, sejarah perhubungan politik, kebudayaan, kedudukan yang strategik dan kepentingan ekonomi. Contohnya, penggabungan beberapa wilayah Jerman oleh Belanda selepas tamatnya Perang Dunia Kedua (1939 - 1945). Sinonim pemilikan paksa. |