Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nod] | نود

Definisi : (Komp) 1. titik tumpuan, temuan, atau sambungan dlm rajah, carta, graf, litar, rang­kaian, dll; 2. terminal komputer atau stesen perhubungan dlm rangkaian perhubungan komputer; ~ saudara nod dlm struktur pokok yg berada di bawah cabang yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nod


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adjacent set (Shortest Route Problem)set bersebelahan (Masalah Jalan Terdekat)PentadbiranTiadaNod-nod dalam Masalah Rangkaian jalan terdekat yang berkait secara langsung dengan nod-nod dalam set kekal yang mana jalan-jalan terdekat masih belum ditentukan lagi.
phylogenetic nodenod filogenetikBioinformatikTiadaTitik pencabangan yang mewakili hasil taabiran jujukan leluhur. Terdapat tiga jenis nod, iaitu nod dalaman, nod luaran dan nod punca. Nod dalaman ialah titik pencabangan untuk dua atau lebih cabang yang mewakili hasil taabiran jujukan leluhur. Nod ini juga merujuk kepada leluhur sama paling terkini (MRCA). Manakala nod luaran ialah titik terminal tunggal yang dikenali juga sebagai dedaun pepohon filogenetik. Nod punca pula ialah nod permulaan pada pepohon yang juga mewakili leluhur sama untuk nod dalaman. Lihat juga leluhur sama paling terkini (MRCA).
nodenodTeknologi MaklumatPerisian1. Unit abstrak asas dalam struktur data pautan seperti pepohon, senarai pautan dan perwakilan graf. Setiap nod mengandungi nilai dan mungkin dipautkan kepada nod-nod lain. Pautan antara nod dilaksanakan melalui rujukan dan penuding. 2. Titik yang mewakili sesuatu objek perkomputeran untuk menggambarkan hubungan dalam rangkaian. Nod-nod dalam rangkaian boleh terdiri daripada komputer, penghala dan suis. Contohnya, penghala boleh dianggap sebagai nod dalam rangkaian.
gelintar pendakian bukithill climbing searchKecerdasan BuatanPerancanganTeknik gelintar setempat yang menyelesaikan masalah dengan meneroka nod-nod bersebelahan dan memilih nod yang mempunyai nilai terbaik sebelum bergerak ke nod tersebut. Pergerakan ini diulang sehingga mencapai keadaan optimum, menyerupai konsep pendakian bukit dalam proses menaik nilai fungsi objektif. Contoh masalah yang menggunakan teknik ini ialah penjadualan, gerakan robot dan permainan komputer.
activity-on-nodeaktiviti-atas-nodPentadbiranTiadaGambaran projek berbentuk rangkaian yang mana nod-nod mewakili aktiviti-aktiviti dan ranting-ranting mewakili perhubungan pendahulu terdekat.
wave, standing syn. wave, stationarygelombang pegunHidrologiTiadaGelombang yang permukaan airnya berayun menegak antara nod-nod tetap tanpa gerakan mendatar.
ruang keadaanstate spaceKecerdasan BuatanPerancanganSet atau himpunan semua nod yang mungkin berlaku dalam sesuatu masalah atau sistem. Proses ini dapat menggambarkan semua situasi yang boleh dicapai daripada nod awal sehingga ke nod gol melalui pelbagai langkah atau tindakan. Ruang keadaan merangkumi semua nod, termasuk nod awal, nod perantaraan, dan nod gol. Dalam proses penyelesaian masalah, alkhwarizmi akan menggelintar ruang keadaan ini untuk mencari jalan terbaik atau penyelesaian. Sebagai contoh, dalam permainan catur, ruang keadaan ialah semua posisi papan yang mungkin sepanjang permainan. Lihat juga gelintar ruang keadaan.
gelintar dwi-arahbidirectional searchKecerdasan BuatanPerancanganTeknik gelintar yang dilakukan secara dua arah, iaitu gelintar ke hadapan dari nod awal ke nod gol dan serentak gelintar ke belakang dari nod gol ke nod awal. Keputusan carian diperoleh apabila kedua-dua gelintaran ini bertemu pada satu nod perantaraan, yang seterusnya membolehkan laluan lengkap dari nod awal ke nod gol dibina. Teknik ini biasanya lebih pantas berbanding gelintaran satu arah dan digunakan dalam sistem navigasi, perancangan laluan dan penentuan laluan terpendek antara dua lokasi dalam peta.
output nodenod output/nod keluaranKomputerTiadaTiada
output nodenod output/nod keluaranKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas