Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nothaphoebe


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
medangmedangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu ringan dalam famili Lauraceae. Tidak kuarang daripada semblan genus dan 45 spesies kayu yang menghasilkan kayu medang, seperti Actinodapne sphaerocarpa, Alseodaphe coriacea, Beilshemiedia insignis, Cryptocarya braceteolata, Dehaasi cuncata, Litsea castanae, Nothaphoebe panduriformis, dan Phoebe declinata. Gubal kayu medang berbeza-beza warnanya daripada kuning jerami hingga hijau kuning muda. Sebahagian daripada gubal kayu ini sukar dibezakan daripada teras kayunya dan sebahagiannya agak mudah. Teras kayunya juga mempunyai warna kecoklatan. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 350 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikeringkan, dan ketahanan semula jadi yang berbeza-beza mengikut spesies. Kayu samak ini sesuai untuk hisan dalaman, pembuatan perabot dan kabinet, venir, papan lapis, papan panel, dan untuk kerja binaan

Kembali ke atas