Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyahsulit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decryptionnyahsulitTeknologi MaklumatTiadaProses menukar fail komputer tersulit kepada bentuk asal. Proses ini menggunakan fungsi matematik dan algoritma khas untuk menukar fail yang disulitkan kembali kepada fail biasa. Contoh algoritma adalah DES, Tripple DES dan RSA. Lazimnya proses penyahsulitan memerlukan kata kunci yang sepadan untuk menukar fail tersulit ke bentuk fail biasa. Banding penyulitan.
ransomwareperisian tebusanTeknologi MaklumatPerisianPerisian hasad yang menyulitkan cakera keras komputer yang dijangkiti. Kemudian, penggodam akan meminta wang tebusan kepada pemilik komputer tersebut sekiranya ingin mengembalikan semula data asal dalam cakera keras tersebut dengan mendapatkan perisian nyahsulit daripada mereka. Contoh perisian tebusan ialah kriptovirus, kriptotrojan atau kriptocecacing.
ransom attackserangan tebusanTeknologi MaklumatPerisianSerangan yang berlaku dengan menyertakan suatu atur cara atau fail pada mesej e-mel yang dihantar kepada mangsa. Sekiranya mangsa melaksanakan atur cara yang disertakan, atur cara tersebut akan menyulitkan beberapa fail dalam komputer mangsa. Kemudian, nota tebusan akan diberikan kepada mangsa. Akibatnya, mangsa tidak dapat membuka fail yang disulitkan tanpa mengetahui kekunci nyahsulit yang betul. Walau bagaimanapun, setelah wang tebusan dibayar penggodam mungkin akan menghantar atau tidak menghantar kekunci nyahsulit tersebut kepada mangsa. Serangan tebusan yang pertama telah dapat dikesan pada tahun 1989 yang dikenali sebagai PC Cyborg Trojan. Sejak tahun 2005, bilangan serangan telah meningkat seperti Gpcode, TROJ.RANSOM.A, Archiveus, Krotten, Cryzip dan MayArchive.

Kembali ke atas