| primer | primer | Bioteknologi | Tiada | 1. Jujukan pendek dalam genetik yang menyediakan hujung 3’ -OH bebas yang menjadi pelopor bagi DNA polimerase untuk memulakan sintesis rantai deoksiribonukleotida. 2. Jujukan permulaan dalam sintesis enzim. Sesetengah enzim, seperti yang memangkini sintesis oligosakarida, mempunyai primer oligosakarida pendek sebagai kumpulan prostetik enzim. |
| oligosaccharide | oligosakarida | Kimia | Tiada | Tiada |
| oligosaccharide | oligosakarida | Veterinar | Tiada | Tiada |
| oligosaccharide | oligosakarida | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gula yang mengandung dua hingga lapan unit monosakarida yang bergabung bersama, dengan pembuangan air. |
| oligosaccharide | oligosakarida | Kimia | Biokimia | Karbohidrat linear atau bercabang yang terdiri daripada 2 hingga10 monosakarida yang dihubungkan melalui ikatan glikosidik. |
| glycoprotein | glikoprotein | Bioteknologi | Tiada | Protein ;yang mengandungi oligosakarida (4%) terutama D-heksosa sebagai kumpulan prostetik yang diikat secara kovalen dengan rantai pendek (2-10 residu gula), biasanya bercabang, dan bercas negatif. Sebatian ini terlibat dalam pengecaman permukaan sel, dan keantigenan sel, sebagai komponen matriks luar sel atau sebagai komponen musin dalam salur penghadaman atau sistem urogenital. Glikoprotein juga terdapat dalam putih telur, serum darah, dan rembesan tiroid. |
| saccharides | sakarida | Perubatan | Tiada | Istilah umum yang merujuk pada pelbagai jenis gula, meliputi gula ringkas atau monosakarida, oligosakarida dan polisakarida. Formula umumnya ialah (CnH2nOn-1). |
| carbohydrates | karbohidrat | Bioteknologi | Tiada | Sebatian yang mengandungi unsur karbon, hidrogen, dan oksigen, dan dinyatakan dengan rumus am Cx(H2O)y. Sebatian ini terbahagi kepada monosakarida, disakarida, oligosakarida, atau polisakarida bergantung pada darjah pempolimeran unit gula asas. |
| carbohydrate | karbohidrat | Herba | Fitokimia | Istilah umum bagi sebatian polihidroksi yang biasanya mengandungi kefungsian karbonil. Karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan unit dalam molekul, iaitu monosakarida (satu unit gula ringkas), disakarida (dua unit gula ringkas), oligosakarida (tiga hingga sepuluh unit gula ringkas), dan polisakarida (lebih daripada sepuluh unit gula ringkas). Karbohidrat membentuk sebahagian besar bahan biomas tumbuhan. Contohnya, selulosa dan kanji. Karbohidrat telah dikenal pasti mempunyai kepentingan farmakologi termasuklah sebagai agen antitumor, antivirus dan antipembekuan darah. |
| carbohydrate | karbohidrat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Formula am Cx(H2O)y. Kumpulan sebatian organik yang terbentuk daripada unsur-unsur oksigen, hidrogen, dan karbon. Karbohidrat terdapat semula jadi dalam kebannyakan tumbuhan dan boleh dikelaskan kepada monosakarida seperti glukosa adan xilosa; disakarida seperti laktosa; oligosakarida seperti sukrosa; dan polisakarida seperti kanji dan gam. |