| Orange Book | Buku Oren | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan piawaian CD boleh rekod. Buku Oren adalah susulan kepada Buku Merah. Buku Oren ini mentakrifkan spesifikasi teknologi CD-R, CD-RW dan CD-MO serta CD-foto. Buku Oren ini dibangunkan pada tahun 1990 oleh Philips dan Sony. Buku Oren ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna oren. Banding Buku Merah, Buku Biru dan Buku Kuning. |
| Orange Book | Buku Oren | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Dokumen rasmi untuk set penetapan paras keselamatan dan kepercayaan dalam prasarana komunikasi seperti rangkaian sistem komputer. Nama rasmi Buku Oren ialah Kriteria Penilaian Sistem Komputer Terpercaya (TCSEC). Buku Oren disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna oren dan merupakan sebahagian daripada siri buku Pelangi terbitan NCSC. Dokumen ini digubal pada penghujung tahun 1970-an oleh Pusat Keselamatan Sistem Komputer Kebangsaan (NCSC) dan Jabatan Pertahanan |
| Blue Book | Buku Biru | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan format untuk CD dipertingkatkan untuk memasukkan data multimedia ke atas CD audio piawai. Buku Biru dibangunkan pada tahun 1995 daripada tambahan Buku Oren yang dibangunkan oleh Philips dan Sony pada tahun 1988. Spesifikasi Buku Biru dibina berasaskan Buku Merah dan Buku Kuning. Buku Biru ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna biru. Begitu juga Buku Oren, Buku Merah dan Buku Kuning. Banding Buku Merah, Buku Kuning dan Buku Oren. |
| Red Book | Buku Merah | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan format untuk CD audio. Buku Merah mentakrifkan spesifikasi fizikal CD seperti jejak, sektor dan bentangan blok, pengekodan dan persampelan. Sony dan Philips merujuk CD ini sebagai CD-DA iaitu media untuk data audio. Buku Merah ini dibangunkan pada tahun 1980 oleh Philips dan Sony. Buku Merah ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna merah. Begitu juga Buku Oren, Buku Kuning dan Buku Biru. Banding Buku Kuning, Buku Biru dan Buku Oren. |
| Yellow Book | Buku Kuning | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama tidak formal bagi dokumen yang mentakrifkan format untuk CD-ROM. Buku Kuning adalah perluasan Buku Merah yang membolehkan CD menyimpan data selain daripada data audio. Buku Kuning hanya mentakrifkan susunan fizikal data pada CD. Piawaian lain digunakan untuk mentakrifkan direktori dan struktur fail. Buku Kuning ini dibangunkan pada tahun 1988 oleh Philips dan Sony dan diterima pakai oleh ISO pada tahun 1989. Buku Kuning ini disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna kuning. Begitu juga Buku Oren, Buku Merah dan Buku Biru. Banding Buku Merah, Buku Biru dan Buku Oren. |