| Rice | beras | Pertanian | Agronomi | Biji padi (Oryza sativa) yang telah diproses dan dibuang kulitnya, meninggalkan endosperma untuk menghasilkan beras yang dimakan sebagai makanan ruji. Beras putih ialah beras yang telah dikisar sehingga kulit arinya diasingkan, manakala beras perang pula tidak dikisar dan masih mempunyai kulit ari. |
| nomenclature | tatanama | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kaedah pemberian nama saintifik yang tepat kepada spesies tumbuhan mengikut sistem binomial. Sistem penamaan ini mengikut peraturan antarabangsa yang dikendalikan oleh Kod Tatanama Botani Antarabangsa. Nama saintifik yang telah diterbitkan dalam jurnal akan diterima pakai di seluruh dunia. Contohnya, Oryza sativa (padi), Cocos nucifera (kelapa), Hevea brasiliensis (getah) dan Eleais guineesis (kelapa sawit). Tanaman yang telah dikacuk atau dibiakbakakan dinamai mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa Tumbuhan Tanaman setelah didaftarkan di Jabatan Pertanian. Contohnya, Ananas comosus cv. josapine (nanas) dan Carica papaya cv. exotica (betik). |
| paleobotany | paleobotani | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tumbuh-tumbuhan pada zaman lampau yang ditemui di dalam tapak arkeologi seperti debunga. Tumbuh-tumbuhan ini dijadikan bukti pemakanan dan pengaruh persekitaran kehidupan masyarakat pada zaman itu. Di Semenanjung Malaysia, debunga kekacang berusia sekitar 10 000 tahun, ditemui di Gunung Senyum (Pahang), manakala debunga Oryza Satiya berusia 2500 tahun ditemui di Gua Sireh (Sarawak), di Kuala Selinsing (Perak) berusia 2200 tahun serta di Gua Cha (Kelantan) pula berusia sekitar 930 tahun. |