| DNA polymerase III | DNA polimerase III (Pol III) | Biologi | Genetik | Enzim yang mempunyai aktiviti memanjangkan molekul DNA dalam arah 5� ke 3�, tanpa aktiviti eksonuklease; enzim yang terlibat untuk pereplikaan DNA pada Escherichia coli, bd. DNA polimerase I, DNA polimerase II. |
| exonuclease III | eksonuklease III | Biologi | Genetik | Enzim daripada E. coli yang menghadamkan DNA dupleks bermula daripada hujung 3� setiap bebenang. Enzim ini digunakan bersama-sama SI nuklease untuk menghasilkan pemotongan pada molekul klon DNA. |
| ventricle | ventrikel | Biologi | Histologi dan Sitologi | Rongga atau kebuk yang terdapat pada otak dan jantung. Pada otak terdapat empat ventrikel, iaitu ventrikel lateral (otak depan), ventrikel III (otak bawah), dan ventrikel IV posterior bawah. |
| Georgian landscape | landskap zaman George | Landskap | Tiada | Landskap yang terdapat di England yang mempunyai petak-petak ladang ya ng lebih kecil ya ng di sempadani dengan tembok-tembok batu kering sebagai ciri utamanya. Landskap ini diperkenalkan pada zaman Raja George III. |
| curve tracing | penyurihan lengkung | Matematik | Tiada | Proses melukis lengkung yang berdasarkan langkah-langkah berikut: (i) menentukan sebilangan titik pada lengkung; (ii) menyelidiki perkara seperti simetri dan asimptot; (iii) menggunakan terbitan untuk menentukan titik genting, kecuraman, kecekungan dan kecembungan. |
| beg kata (BoW) | bag of word (BoW) | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Model perwakilan teks yang memerihalkan bilangan kemunculan sesuatu kata dalam sesuatu dokumen teks. Model ini tidak mengambil kira sebarang maklumat berkaitan dengan susunan atau struktur kata tersebut tetapi hanya tertumpu pada kewujudan kata yang dikenali dan bilangannya. Sebagai contoh, dalam tiga ayat (i) �Afie makan nasi ayam� (ii) � Faiq makan nasi goreng ayam� (iii) �Afie suka makan nasi�. Jadi 7 patah kata dikenalpasti iaitu (afie, makan, nasi, ayam, faiq, goreng, suka) menjadikan BoW ayat (i) adalah (1,1,1,1,0,0) , ayat (ii) adalah (0,1,1,1,1,1) dan BoW bagi ayat (iii) adalah (1,1,1,0,0,0,1). Permodelan BoW ini digunakan dalam capaian semula maklumat dan alkhwarizmi pembelajaran mesin. Contoh ayat: (i) Afie makan nasi ayam (ii) Faiq makan nasi goreng ayam (iii) Afie suka makan nasi Hasil: Afie makan nasi Ayam Faiq goreng suka Ayat 1 1 1 1 1 0 0 |
| hypersensitivity | kehiper-sensitifan | Perubatan | Tiada | Keadaan alergi yang dialami apabila gerak balas imunologi yang berlebihan berlaku pada individu yang terdedah semula kepada alergen tertentu. Keadaan ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu jenis I (anafilaksis), jenis II (sitotoksik), jenis III (kompleks imun) dan jenis IV (keimunan perantaraan sel). |
| ammonia synthesis | sintesis ammonia | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses tindak balas hidrogen dan nitrogen dalam nisbah 3:1 pada julat suhu 500�C hingga 600�C dan julat tekanan 20 MPa hingga 100 MPa dengan menggunakan mangkin ferum (III) oksida untuk menghasilkan ammonia. |
| Haber process | proses Haber | Kimia | Tiada | Proses penyediaan ammonia dengan mencampurkan satu bahagian isi padu nitrogen dan tiga bahagian isi padu hidrogen pada suhu 400 – 500°C dan tekanan 2 x 107 Nm-2 dengan bermangkinkan ferum(III) oksida. |
| physisorption type V | penjerapan fizikal jenis V | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan fizikal molekul atau atom yang berlaku di atas permukaan mangkin yang serupa dengan penjerapan fizikal jenis III kecuali pemeluwapan rerambut di dalam liang berlaku pada tekanan relatif yang lebih tinggi. |