| formed water jet | jet air bentukan | Landskap | Tiada | Jet air pancutan yang menghasilkan lapisan nipis pancutan air. Pancutan air ini menghasilkan pelbagai bentuk seperti bentuk cendawan, kelopak bunga dan sebagainya. |
| fountain sequencing | turutan air pancutan | Landskap | Tiada | Pancutan air yang dihasilkan mengikut urutan tertentu seperti air pancutan berirama. |
| water jet | pancutan air | Landskap | Tiada | Pancutan air yang bertenaga yang dikawal oleh muncung yang digunakan untuk mendapatkan air pancut. |
| columnar fountain | air pancutan berturus | Landskap | Tiada | Air pancutan yang memancut ke atas seperti satu turus. |
| aerated water jet | pancutan air berudara | Landskap | Tiada | Pancutan air yang berbuih-buih disebabkan oleh reka bentuk muncungnya berlubang-Iubang kecil yang membolehkan udara bercampur dengan air. |
| bubble fountain | pancutan buih | Landskap | Tiada | Air pancut yang muncungnya direka bentuk khas bagi mengeluarkan air pancutan yang berbuih . |
| water column | kolum air | Landskap | Tiada | Pancutan air yang menghala lurus ke atas secara semula jadi atau buatan. Contohnya, pancutan air panas (geyser) Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat. |
| formed multijet | berbilang jet bentukan | Landskap | Tiada | Gabungan beberapa pancutan jet air bentukan untuk menghasilkan pelbagai corak pancutan air. |
| blowout | pancutan | Pelayaran | Tiada | Perihal minyak atau gas memancut keluar apabila tekanan di bawah dasar laut melebihi tekanan ruang gerudi dalam proses penggerudian minyak atau gas. |
| ejaculation | pancutan; pemancutan; ejakulasi | Perikanan | Tiada | Tiada |