| inverted relief | relief songsang | Geografi | Tiada | Sebuah pandang darat yang menunjukkan kesan gondolan yang lama, di mana strata lipatan atas sama tinggi dengan tanah rendah, dan sinklin sama tinggi dengan tanah tinggi. |
| bird's eye perspective | perspektif pandang atas | Landskap | Tiada | Gambaran objek yang dilihat dari kawasan yang tinggi seperti atas bangunan. |
| photoreceptor cells | sel fotoreseptor | Veterinar | Praklinikal | Sel yang melapik retina. Fotoreseptor bertanggungjawab mengesan dan bertindak balas kepada cahaya. Terdapat dua jenis sel fotoreseptor; iaitu rod dan kon. Rod terletak di periferi pandang; bertindak balas kepada cahaya berkeamatan rendah dan dikaitkan dengan penglihatan waktu malam. Kon pula terletak di fovea; bertindak balas kepada cahaya berintensiti tinggi dan dikaitkan dengan penglihatan waktu siang. |
| benchmark | penanda aras | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Ukuran tertentu yang menjadi sasaran sebagai tahap yang ingin dicapai oleh individu, organisasi atau negara. Dengan adanya penanda aras ini segala usaha atau kerja akan diarah menuju kepada matlamat yang disasarkan. Penanda aras boleh juga dibuat secara khusus dengan merujuk kepada contoh sesuatu kerja, perkhidmatan atau barangan tertentu. Bahan atau kerja yang dirujuk selalunya berkualiti tinggi dan berdaya saing. Barangan atau khidmat yang ingin dihasilkan akan diusahakan supaya mencapai tingkat yang ditandaraskan. Budaya kerja Jepun dan Korea Selatan telah menjadi tanda aras kepada perkerja Malaysia sejak dari perlancaran Dasar Pandang Ke Timur beberapa dekad lalu. Sinonim ukur rujuk |