Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian di antara telinga dan kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
auditory meatusmeatus auditoriBiologiHistologi dan SitologiLubang di bahagian luar telinga, dari pangkal daun telinga hingga ke gegendang telinga (membran tempanum). Lubang ini ditumbuhi rambut dan berfungsi merembeskan bahan seperti lilin berwarna coklat (kerumen) untuk mengelakkan kekeringan dan mencegah serangga daripada masuk ke lubang telinga. Rajah: Struktur mata dan yang berkait (Lihat buku asal hlm.106) Rajah: Struktur mata majmuk (Lihat buku asal hlm. 107)
fenestra ovalisfenestra ovalisPerubatanTiadaBukaan atau lubang yang berbentuk bujur di antara telinga tengah dengan telinga dalam. Lubang ini ditutupi oleh pangkal tulang rakap (stapes) telinga tengah. Sin: fenestra vestibuli
auricleaurikelBiologiHistologi dan Sitologi1. Daun telinga atau struktur yang menyerupai daun telinga. 2. Atrium atau serambi anterior jantung, atau apendaj aurikel atrium. 3. Reseptor rangsangan kimia lateral pada cacing Turbellaria. 4. Cuaran lateral pada tergum abdomen kedua pepatung jenis Anisoptera. 5. Copeng kecil seperti telinga pada pangkal daun, terutama rumput. aurikula.
otosclerosisotosklerosisPerubatanTiadaKeadaan patologi pada labirin tulang telinga, yang dicirikan dengan pembentukan tulang spongiosum (otospongiosis), terutama di hadapan dan posterior pangkal tulang rakap. Keadaan ini boleh mengakibatkan ankilosis tulang rakap, yang seterusnya mengakibatkan kepekakan konduksi. Otosklerosis boleh juga terjadi pada koklea, yang mengakibatkan kepekakan sensorineura.
Ficus deltoideaMas cotek Serapat angin, telinga berukPertanianTiadaTumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai dan juga menumpang di atas pokok. Pokok ini didapati tumbuhan di kawasan pamah hingga tanah tinggi hingga kira-kira 700 m dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daun bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunga jenis sinkonium dikeluarkan di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan wanita yang baru melahirkan anak untuk mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.
salivary glandkelenjar liurVeterinarTiada

Kelenjar yang mengeluarkan air liur di dalam mulut pada kebanyakan haiwan daratan. Terdapat tiga jenis kelenjar pada mamalia iaitu kelenjar parotid yang terletak di bawah telinga dan di belakang sempadan rahang bawah, kelenjar maksilari yang terletak di rahang bawah iaitu di bawah kelenjar parotid dan kelenjar sublingual yang terletak di sebelah pangkal lidah. Setiap kelenjar berpasangan dan tidak semua kelenjar berfungsi pada masa yang sama. Lihat juga air liur.

Ageratum conyzoidesNaga BuanaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asteraceae ini juga dikenali sebagai rumput tahi ayam, rumput pereh jarang dan rumput sekedok. Tumbuhan ini jenis herba berbulu. Daunnya tersusun bertentangan di bahagian pangkal pokok dan berselang di bahagian atas. Daunnya jenis ringkas, berbentuk ovat, tepi daun bergerigi tumpul. Bunganya berwarna ungu hingga putih dan berbau busuk apabila dipegang. Tumbuhan ini mengandungi minyak pati, koumarin, ageratokromin, friedalin, ß-sitosterol, stigmastirol dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di merata tempat. Air rebusan akar diminum untuk merawat demam. Daun yang telah dilumatkan dibuat tampalan untuk merawat luka, penyakit kulit dan bisul. Jus daun dan batang digunakan secara luaran untuk mengubati sakit telinga. Air rebusan daun diminum untuk menghentikan pendarahan dalam rahim dan cirit-birit.
Ficus deltoideamas cotekHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai atau menumpang di atas pokok lain. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai serapat angin dan telinga beruk. Mas cotek didapati tumbuh di kawasan tanah pamah hingga tanah tinggi sehingga lebih kurang 700 meter dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daunnya bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunganya jenis sinkonium, tumbuh keluar di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.

Kembali ke atas