| distributed data base | pangkalan data teragih | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Sistem pangkalan data yang terdiri daripada pangkalan-pangkalan data kecil di tempat berasingan yang dihubungkan melalui rangkaian komputer. |
| distributed database | pangkalan data teragih | Teknologi Maklumat | Perisian | Pangkalan data yang dikawal oleh sistem pengurusan pangkalan data pusat (DBMS) yang terdiri daripada peranti storan yang tidak dihubungkan terus kepada CPU yang sama. Pangkalan data ini diletakkan dalam beberapa komputer sama ada di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh yang dihubungkan dalam satu rangkaian komputer. Hal ini bererti pengambilan dan pengumpulan data boleh diagihkan merentasi beberapa lokasi fizikal. Satu pangkalan data teragih diagihkan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian pangkalan data ini boleh disalin menjadi pangkalan data yang baharu dengan data yang sama. Reka bentuk pangkalan data teragih ini menggunakan beberapa teknologi seperti teknologi autonomi tempatan, teknologi sinkroni dan asinkroni. |
| database schema | skema pangkalan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Struktur yang dihuraikan dalam bahasa formal dan disokong oleh sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Dalam pangkalan data hubungan, skema ini menakrifkan jadual, medan dalam setiap jadual, dan saling hubungan antara medan dan jadual. Skema pangkalan data biasanya disimpan dalam kamus data. Walaupun skema ditakrifkan dalam teks bahasa pangkalan data, istilah ini juga digunakan untuk merujuk gambaran bergrafik struktur pangkalan data. |
| IDM (intelligent database machine) | IDM (mesin pangkalan data cerdas) | Teknologi Maklumat | Tiada | Mesin pangkalan data pertama yang memperkenalkan konsep kecerdasan dalam pangkalan data. |
| DBD (database description) | DBD (perihalan pangkalan data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Penakrifan data setiap pangkalan data fizikal yang ditulis dalam bahasa DL/1 bagi pangkalan data sistem maklumat. |
| relational database | pangkalan data hubungan | Teknologi Maklumat | Perisian | Pangkalan data yang mengumpul data dengan menggunakan atribut sepunya yang didapati dalam set data. Susunan data yang teratur dalam pangkalan data memudahkan pengguna memahami keputusan yang dihasilkan. Contohnya, set data yang mengandungi kesemua transaksi hartanah suatu bandar boleh dikumpulkan mengikut tahun transaksi berlaku, harga jualan transaksi atau berdasarkan nama pembeli. |
| database security | keselamatan pangkalan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Aspek keselamatan yang meliputi sistem, proses dan prosedur bagi melindungi satu pangkalan data daripada aktiviti yang tidak diingini. Aspek ini selalunya dikuatkuasakan melalui kawalan capaian, pengauditan dan penyulitan. Kawalan capaian memastikan hanya pengguna yang berdaftar boleh mencapai dan mengubah kandungan pangkalan data tersebut. Pengauditan pula mengesan sebarang tindakan atau perubahan yang mencurigakan yang telah dilakukan oleh seseorang pada masa tertentu. Penyulitan pula merupakan mekanisme yang memelihara kerahsiaan data yang dilindungi pada pangkalan data. |
| decision support system | sistem sokongan keputusan | Pengurusan | Perancangan | Suatu sistem aplikasi dan interaktif, berasaskan komputer yang menggunakan model-model pembuatan keputusan dan pangkalan-pangkalan data yang khusus untuk menyokong pembuat keputusan sesebuah organisasi. Contohnya, sistem perolehan bekalan oleh pasar raya yang perlu membuat penilaian dan memilih pembekal. |
| data base transaction | transaksi pangkalan data | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses interaksi atau aktiviti yang dibuat dengan sistem pengurusan pangkalan data atau sistem seumpamanya. Transaksi ini adalah yang koheren dan boleh dipercayai serta bebas daripada transaksi lain. Contohnya maklumat pengeluaran wang pada mesin juruwang automatik akan direkodkan dalam sistem pengurusan pangkalan data MEPS. |
| bibliographic data base | pangkalan data bibliografi | Pendidikan | Tiada | Pangkalan data yang mengandungi maklumat berkaitan dengan dokumen, kadangkala termasuk abstraknya. |