Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn), sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan, segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka; sepantasnya selayaknya, sepatutnya: “Tidak tuan,” jawabku dgn suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana ~ bagi orang yg sudah berkahwin; memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll), mematut; pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pantas (adjektif)
1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat, segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat,
Berantonim dengan lembap

2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap,
Berantonim dengan lembam

Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
data rayabig dataKecerdasan BuatanPerkhidmatanSet data yang terdiri daripada data berstruktur, semistruktur, tidak berstruktur atau gabungannya yang dikumpulkan dalam skala besar untuk tujuan analitik, termasuk memahami pola dan menyokong penyelesaian masalah dalam konteks operasi atau bisnes. Data raya lazimnya dicirikan oleh lima sifat utama (5V), iaitu: i. Isi padu (volume) bersaiz sangat besar. ii. Halaju (velocity) dihasilkan dan diterima pada kadar yang tinggi dan pantas. iii. Nilai (value) mempunyai kegunaan dan kepentingan analitik yang tinggi. iv. Pelbagai (variety) meliputi kepelbagaian format atau jenis data. v. Kesahihan (veracity) merujuk kepada kualiti, ketepatan dan kebolehpercayaan data.

Kembali ke atas