| dust tuff | tuf debu | Geologi | Tiada | Tuf yang sangat halus pecahannya; mendapan debu volkano yang terkeras. |
| quantum | kuantum | Kejuruteraan | Tiada | 1. Unit tak boleh bahagi sebarang bentuk tenaga fizikal [KM],2.Jeda pada skala pengukuran, dengan pecahannya diannggap tidak signifikan. |
| Julian calendar | takwim Julius | Matematik | Tiada | Takwim yang digantikan dengan takwim Gregory. Takwim ini mempunyai 365.25 hari setahun dan pecahannya itulah yang menyebabkan wujud tahun kabisat setiap empat tahun sekali, dan dibahagikan kepada 12 bulan dan setiap bulan mempunyai 30 atau 31 hari kecuali bulan Februari 28 hari, dan pada setiap kabisat 29 hari. |
| fission fraction | pecahan pembelahan | Fizik | Moden | Pecahan keluaran keseluruhan senjata nuklear yang disebabkan oleh pembelahan. Bagi senjata termo-nuklear, nilai purata pecahannya ialah kira-kira 50%. |
| petroleum tar | tar petroleum | Kejuruteraan | Petroleum | Hasil yang diperoleh daripada penulenan petroleum, berwarna hitam atau coklat gelap dan likat. Bahan ini akan memberikan baki pepejal dalam jumlah yang bererti, bila di sejat sebahagian, atau disuling secara berperingkat. (Perkataan tar mestilah diikuti oleh perkataan petroleum kerana perkataan tar (sahaja) tidak sepatutnya digunakan untuk bahan-bahan yang diterbitkan daripada petroleum mentah atau pecahannya). |