| city tourism | pelancongan bandar | Pelancongan | Tiada | Pelancongan yang dibangunkan dalam kawasan bandar sebagai usaha untuk mempelbagaikan dan mempergiat aktiviti pelancongan. |
| green tourism | pelancongan hijau | Pelancongan | Tiada | Pelancongan yang berasaskan kecintaan terhadap alam sekitar. |
| farm tourism | pelancongan ladang | Pelancongan | Tiada | Pelancongan yang memberikan pengalaman aktiviti di ladang. |
| wanderlust tourism | pelancongan gemar merantau | Pelancongan | Tiada | Pelancongan yang bercirikan keinginan untuk mengembara, tanpa had masa dan destinasi yang dituju. |
| winter tourism | pelancongan musim sejuk | Pelancongan | Tiada | Pelancongan yang melibatkan aktiviti seperti luncur ais, luncur salji dan bermain ski pada musim sejuk. |
| determinant of tourism | penentu pelancongan | Pelancongan | Tiada | Faktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan dalam sesebuah industri pelancongan. |
| futuristic tourism | pelancongan masa depan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan yang mengarah ke masa hadapan, seperti pelancongan angkasa. |
| mountain tourism | pelancongan gunung | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan yang dilakukan di kawasan pergunungan seperti meluncur ski pada musim sejuk atau menikmati keindahan alam semula jadi pada musim bunga. |
| caravan tourism | pelancongan karavan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan yang menggunakan karavan dan menyediakan kemudahan prasarana yang berkaitan. |
| community tourism | pelancongan masyarakat | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan di sesuatu kawasan yang melibatkan penduduk setempat. |