Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembangunan dalam ekonomi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enclave economyekonomi kantunganEkonomiTiadaKawasan ekonomi di negara membangun yang dicirikan oleh kewujudan bersama satu kawasan yang maju dari segi ekonomi dengan kawasan lain yang lebih besar di sekitarnya yang kurang mengalami sebarang pembangunan. Dalam ekonomi tersebut wujud dualisme. Lihat juga dualisme.
sociocultural condition of economic developmentsyarat sosiobudaya dalam pembangunan ekonomiEkonomiTiadaTiada
industrial progresskemajuan industriEkonomiTiadaPrestasi pelaksanaan dan pencapaian sektor industri dalam pembangunan ekonomi keseluruhannya.
regional analysisanalisis wilayahEkonomiTiadaKajian perbandingan tentang pertumbuhan dan pembangunan wilayah dalam sesuatu kawasan geografi. Analisis ini menekankan peranan masa depan sesuatu wilayah terhadap pembangunan ekonomi negara. Analisis wilayah memerlukan faktor seperti data aliran keluaran, pendapatan perseorangan, bilangan penduduk, guna tenaga, dan pengeluaran industri.
regional economyekonomi wilayahEkonomiTiadaKajian ekonomi yang menganalisis pertumbuhan dan pembangunan sesuatu kawasan geografi. Penumpuan selalunya diberi pada penyediaan garis panduan perancangan dan pembangunan wilayah, dan peranan masa depannya dalam ekonomi negara.
sustainable developmentpembangunan mampanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha pembangunan menyeluruh dan bersepadu yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mampan mencakupi pembangunan fizikal, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, kualiti alam sekitar dan kekukuhan ekonomi dalam konteks untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat. Dalam erti kata lain, pembangunan mampan menjamin perkembangan positif dalam semua aspek kehidupan.

economic base multiplierpengganda asas ekonomiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengiraan ekonomi dalam bentuk guna tenaga yang dinyatakan sebagai jumlah guna tenaga dalam aktiviti asas dan bukan asas dibahagikan dengan jumlah guna tenaga aktiviti asas.
primacy of politicskeperdanaan politikSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik atau unsur politik sebagai faktor utama dalam mempengaruhi kehidupan manusia keseluruhannya. Keperdanaan politik memperlihatkan pembangunan ekonomi, keharmonian sosial, kejayaan diplomasi, pentadbiran, kecemerlangan pendidikan dan sebagainya yang bergantung kepada unsur politik dalam sesebuah masyarakat. Keperdanaan politik mencerminkan pertukaran politik lama yang tradisional kepada politik yang lebih demokratik, telus dan stabil bagi melahirkan pentadbiran yang baik. Ini akan menyumbang kepada proses pembangunan yang lancar. Contohnya, Adrian Leftwich (2002) dalam tulisannya States of Development: On the Primacy of Politics in Development telah menyatakan bahawa dengan meminggirkan unsur politik, pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak akan berlaku.
industrial planningperancangan industriEkonomiTiadaUsaha kerajaan secara teratur untuk mempengaruhi, mengarah dan mengawal tingkat dan pertumbuhan industri dalam perspektif mencapai matlamat pembangunan ekonomi keseluruhannya dalam jangka panjang.
Organization of African Unity (OAU)Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1963 di Addis Ababa. Keanggotaannya meliputi negara di benua Afrika dan tujuannya adalah untuk memajukan dan menggalakkan perpaduan dan pembangunan ekonomi dalam kalangan negara Afrika yang baru merdeka. Selain itu, pertubuhan ini juga berusaha mempercepat kemerdekaan bagi negara Afrika yang masih dijajah. Pertubuhan ini mengiktiraf kedaulatan negara Afrika dan menjalankan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal domestik sesebuah negara. Secara umumnya, organisasi ini tidak mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk campur tangan dengan berkesan dalam sebarang krisis yang melanda negara Afrika. Sinonim OAU.
1234567

Kembali ke atas