| closed breeding | pembiakbakaan tertutup | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembiakbakaan antara haiwan ternakan yang mempunyai pertalian persaudaraan yang dekat. Contoh pembiakbakaan tertutup adalah seperti kacukan antara anak seperinduk. |
| linebreeding | pembiakbakaan titisan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Satu bentuk pembiakbakaan dalaman yang dilakukan untuk menjaga keturunan yang berkait rapat dengan keturunan nenek moyang. |
| breeding value | nilai pembiakbakaan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Nilai bagi suatu sifat yang tertentu pada seekor haiwan ternakan dalam program pembiakan. Umumnya, nilai pembiakbakaan dianggarkan sebagai dua kali prestasi jangkaan bagi anak. Penentuan nilai pembiakbakaan berdasarkan rekod prestasi haiwan tersebut serta prestasi waris terdekat. |
| animal breeding | pembiakbakaan haiwan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu cabang sains haiwan yang menekankan penilaian menggunakan kaedah ramalan saksama linear terbaik atau cara lain untuk menilai genetik ternakan. Sains pembiakbakaan haiwan didefinisikan sebagai penggunaan prinsip genetik dan biometri untuk mempertingkat kecekapan pengeluaran haiwan ternakan. Pembiakbakaan haiwan juga melibatkan proses mengawan terpilih haiwan yang mempunyai ciri genetik yang diingini untuk mengekalkan atau mempertingkat ciri ini pada generasi akan datang. Contohnya, kadar tumbesaran, penghasilan daging, susu dan telur. |
| breeding | pembiakbakaan | Perubatan | Tiada | 3. Pembiakbakaan: Proses menghasilkan tumbuhan atau haiwan secara pengacukan, pembiakbakaan dalam atau melalui kaedah pembiakan yang lain. |
| inbreeding | pembiakbakaan dalam | Bioteknologi | Tiada | Pembiakbakaan melalui induk yang berasal daripada stok yang sama atau yang berkait rapat. Pembiakbakaan begini menyebabkan pengurangan darjah keheterozigotan sesuatu populasi yang digambarkan dengan berkurangnya variasi fenotip populasi tersebut. |
| inbreeding | pembiakbakaan seturunan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses kacukan antara individu yang mempunyai pertalian rapat seperti sepupu dan anak-induk. Pembiakbakaan seturunan akan meningkatkan jumlah individu yang homozigus resesif. |
| delayed breeding | pembiakbakaan tertangguh | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Melewatkan permulaan pembiakan pada haiwan tertentu selepas mencapai kematangan fisiologi. Pembiakbakaan tertangguh akan mengurangkan kejayaan pembiakan sepanjang hayat haiwan tersebut. |
| Breeding system | Sistem pembiakbakaan | Pertanian | Agronomi | Cara melaksanakan pembiakbakaan yang mengambil kira kaedah pembiakan sesuatu tanaman, contohnya sama ada tanaman itu membiak secara pendebungaan silang atau secara pendebungaan sendiri. Tanaman pendebungaan silang seperti jagung, umpamanya akan menggunakan sistem pembiakbakaan untuk menghasilkan hibrid, iaitu kacukan antara dua induknya yang berbeza genotipnya. Manakala sistem pembiakbakaan jenis tanaman pendebungaan sendiri ialah dengan kacukan berulang sesama sendiri kacukan silang telah dilakukan. |
| breeding evaluation | penilaian pembiakbakaan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah seragam untuk menilai keupayaan induk jantan membuntingkan haiwan betina normal dalam satu musim pembiakan. Penilaian pembiakbakaan induk jantan dapat diukur melalui tahap kesuburannya dan dibahagi kepada subur, separa subur atau tidak subur. Induk jantan subur akan menghasilkan jumlah anak dan pulangan ekonomi perladangan yang tinggi. |