| restriction endonuclease | endonuklease pengehadan | Sains Forensik | Tiada | Enzim yang berupaya memotong DNA pada tapak pemotongan. Tapak pemotongan merupakan jujukan bes dalam susunan tertentu yang dikenali oleh enzim tersebut. Contoh enzim yang digunakan dalam pemprofilan DNA pada tahun 1980-an ialah HaeIII yang mengenali tapak GGCC yang akan mengakibatkan pemotongan GG/CC lalu menghasilkan satu fragmen DNA yang berakhir dengan GG dan fragmen DNA yang satu lagi yang bermula dengan CC. |
| hydraulic perforator | penebuk hidraulik | Kejuruteraan | Petroleum | Alat penebuk selongsong, simen dan formasi yang melakukan penebukan dengan tindakan pemotongan. Tindakan pemotongan ini diperoleh dengan cara memancutkan bendalir yang dipenuhi oleh pasir melalui orifis. |
| shearing cutting | pemotongan mericih | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pemotongan bahan binaan kepingan secara ricihan dengan alat pemotongan yang tajam. |
| sawing cutting | pemotongan menggergaji | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pemotongan logam dengan gergaji untuk menghasilkan kepingan atau bentuk tertentu apabila kaedah pemotongan membakar atau fluks merosakkan sifat bahan. |
| fluks burning cutting | pemotongan membakar fluks | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pemotongan logam yang bukan ferus dan keluli tahan karat yang tidak mudah teroksida dengan menaburkan serbuk besi pada kawasan pembakaran untuk meningkatkan pemindahan haba dan tahap pemotongan. |
| bar curtailment | pemotongan bar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kaedah yang digunakan dalam rekabentuk tetulang untuk struktur konkrit dengan cara memotong sebahagian tetulang yang tidak diperlukan bagi menjimatkan kos. Pemotongan dibuat setelah diambilkira ciri-ciri tertentu seperti jarak minimum yang membolehkan pemotongan bar dibuat, keperluan tegasan ricih dan sebagainya. |
| land | tanah; daratan | Kejuruteraan | Tiada | 4. Daratan: Perbuatan pesawat angkasa turun ke tanah atau ke dek kapal.,5. Permukaan atas bagi gigi perkakas pemotongan, di belakang pinggir pemotongan.,6. Permukaan di antara dua alur yang bersebelahan bagi cakera perakaman.,7. Kawasan beraliran pada papan litar tercetak, tempat komponen-komponen atau litar-litar yang berasingan dipasang. |
| flame cutting | pemotongan nyala | Kimia | Tiada | Pemotongan logam ferus secara pengoksidaan, dengan menggunakan oksigen daripada sumpitan atau obor ke atas logam yang telah dipanaskan ke suhu sekitar 800oc dengan menggunakan jet gas bahan api. |
| level cut | pemotongan aras | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pemotongan yang dibuat dengan menggunakan gergaji pada bahagian bawah kasau yang mencerun supaya membentuk permukaan yang rata. |
| burning cutting | pemotongan membakar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pemotongan logam yang mudah teroksida atau logam yang perlu disediakan untuk kimpalan dengan menggunakan api yang panas, seperti nyalaan oksiasetilena. |