| fuse board | papan fius | Teknik | Elektrik | Papan agihan yang diisi dengan fius litar akhir, tidak termasuk pemutus litar, kecuali pemutus litar itu digunakan sebagai pemencil utama yang dipasang untuk tujuan pengawalan bekalan. |
| contact breaker | pemutus sentuh | Teknik | Elektrik | Pemutus sentuhan yang dapat mewujudkan satu keadaan litar buka dan tutup secara mengejut bagi membolehkan gegelung nyalaan menghasilkan voltan yang tinggi pada palam pencucuh. Apabila palam pencucuh menerima voltan tinggi, bunga api akan keluar pada selanya. Peranti ini amat berguna dalam sistem nyalaan enjin petrol. |
| earth leakage circuit breaker | pemutus litar kebocoran bumi | Teknik | Elektrik | Peranti pelindung daripada bahaya arus bocor ke bumi. Peranti ini akan bekerja secara automatik apabila berlaku arus bocor ke bumi melebihi aras selamat sesuatu litar itu. Pemutus litar ini dikendalikan oleh gegelung belantik yang akan mendapat tenaga pada waktu berlaku arus bocor ke bumi. Dua jenis pemutus litar kebocoran ke bumi yang lazim digunakan ialah jenis kendalian arus atau peranti arus baki dan kendalian voltan atau peranti kegagalan voltan. Menurut peraturan I.E.E., pemutus litar kegagalan bumi tidak dibenarkan untuk pemasangan perumahan selepas tahun 1986. |
| oil circuit-breaker | pemutus litar minyak | Kejuruteraan | Tiada | Pemutus litar yang mempunyai penebat minyak untuk menghapuskan arca. |
| miniature circuit breaker | pemutus litar miniatur | Sosiologi | Tiada | Pemutus litar bersaiz kecil untuk menggantikan fungsi fius. |
| breaker arm | lengan pemutus | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Lengan yang bertitik sentuh di bahagian hujungnya dan berfungsi sebagai pemutus litar. |
| breaker arm | lengan pemutus | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lengan yang bertitik sentuh di bahagian hujungnya dan berfungsi sebagai pemutus litar. |
| earth leakage circuit breaker (E.L.C.B.) | pemutus litar kebocoran bumi (E.L.C.B.) | Sosiologi | Tiada | Pemutus litar yang dikendalikan apabila arus bocor ke bumi. |
| cut-out | pemutus | Teknik | Elektrik | 1. Peranti yang akan memutuskan litar untuk menghalang pengaliran arus lebihan melalui radas atau peralatan secara automatik atau insani. Misalnya, fius dan pemutus litar. 2. Suis automatik yang akan dipasang ke litar penjana arus terus diberikan kepadanya. |
| thermal output | pemutus haba | Teknik | Elektrik | Peranti pelindung arus lebih yang beroperasi berasaskan haba. Peranti ini akan memutuskan litar apabila haba yang melebihi hadnya wujud disebabkan oleh pertambahan arus. Peranti ini mungkin berupa fius atau pemutus litar dwilogam, dengan tambahan unsur pemanas. |