Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.pi.san] | ڤناڤيسن

Definisi : 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatan­kuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau penge­luaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau mem­bahayakan keselamatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.pi.san] | ڤناڤيسن

Definisi : perbuatan, proses dsb menapis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penapisan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
egress filteringpenapisan keluarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penapisan trafik protokol Internet pada tembok api. Paket yang keluar dari rangkaian dalaman akan diperiksa untuk memastikan kepatuhan kepada dasar keselamatan rangkaian. Teknik ini amat berguna untuk mematahkan serangan yang berpunca daripada hos dalaman. Banding penapisan masuk.
ingress filteringpenapisan masukTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penapisan trafik protokol Internet pada tembok api. Paket yang masuk dari rangkaian luaran akan diperiksa untuk memastikan kepatuhan kepada dasar keselamatan rangkaian. Teknik ini amat berguna untuk mematahkan serangan yang berpunca daripada hos luaran. Banding penapisan keluar.
penapisan kolaboratifcollaborative filteringKecerdasan BuatanPerkhidmatanTeknik dalam sistem pengesyoran yang mengelompokkan pengguna berdasarkan keserupaan ciri seperti kelakuan, minat, keutamaan, atau citarasa, dan seterusnya mencadangkan item yang selaras dengan corak pilihan kumpulan tersebut. Contohnya, jika dua pengguna A dan B dalam sekumpulan yang berminat pada item X dan Y yang sama, jika pengguna A pula berminat dengan item baru Z, jadi item Z akan disyorkan kepada pengguna B. Teknik ini digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi, termasuk pengesyoran dalam filem, muzik, produk e-dagang dan kandungan pada platform media sosial.
self-filtrationpenapisan diriKejuruteraanTiadaPenapisan alur sinar x atau sinar gama oleh bahagian tiub atau perisai tiub.
petroleum refiningpenapisan petroleumGeografiTiadaProses penapisan petroleum untuk memisahkan bahagian yang sesuai untuk bahan api pengangkutan, minyak pemanasan, dan sebagainya.
refiningpenapisanMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses menjadikan sesuatu bahan bebas daripada benda asing. Contohnya penapisan minyak sawit untuk menyingkir bahan-bahan seperti resin, asid lemak, pigmen, logam surih dan lain-lain.
filtration see also percolationpenapisan lihat juga penelusanHidrologiTiadaProses melalukan cecair menerusi suatu medium penapisan untuk membuang jirim ampai atau koloid.
filtering softwareperisian penapisanTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang dapat menapis strim data yang tidak dikehendaki melalui suatu rangkaian komputer. Perisian ini dapat mengelakkan daripada ancaman virus, penggodam dan laman web yang bersifat negatif. Contohnya, ciri-ciri penapisan yang terdapat pada pelayar web, tembok api dan sistem pengesanan pencerobohan.
penapisan berasaskan kandungancontent-based filteringKecerdasan BuatanKomunikasiTeknik dalam sistem pengesyoran yang memberikan cadangan item berdasarkan maklumat ciri atau kandungan daripada item yang sepadan dengan profil pengguna. Profil pengguna dibina mengikut data yang diambil daripada pengguna seperti interaksi atau keutamaan pengguna sebelumnya, sejarah penggunaan atau minat. Lihat juga penapisan kolaboratif.
barrels per stream daytong per hari berlangsungKejuruteraanPetroleumUnit bagi kadar pemprosesan atau kadar penapisan yang dilakukan oleh satu-satu loji pemproses/penapis minyak dalam tempoh sehari dengan syarat kerja penapisan berlangsung sepenuhnya pada hari tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas