| air quality standard | piawai kualiti udara | Biologi | Ekologi | Aras pencemaran dan jangka masa pendedahan kepada pencemaran, apabila pencemaran terhadap kesihatan dapat dikesan. |
| pollution casualty | mangsa pencemaran; kecelakaan pencemaran | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| thermal pollution | pencemaran terma | Biologi | Ekologi | Pencemaran air dan udara akibat peningkatan suhu, terutama dalam proses-proses industri. Pencemaran terma akan mengubah suhu air dan udara, yang seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap organisma akuatik. Pencemaran terma dapat dikawal secara pembinaan menara penyejuk. |
| epidemiology | epidemiologi | Biologi | Ekologi | Cabang perubatan yang berhubung dengan penyakit-penyakit kulit. Di antaranya termasuklah kajian tentang alahan terhadap penyakit-penyakit kulit dewasa ini yang banyak dikaitkan dengan pencemaran, sama ada pencemaran air ataupun pencemaran udara. |
| residual pollution | pencemaran baki | Kejuruteraan | Tiada | Pencemaran yang tertinggal atau masih ketara walaupun langkah-langkah olahan telah diambil untuk mengawal sumber utama pencemaran, contohnya bau busuk dari kilang getah. |
| pollution control | kawalan pencemaran | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengurangkan pencemaran yang melibatkan undang-undang termasuk peraturan dan pelbagai peralatan untuk pengurangan pencemaran. |
| desecration | pencemaran | Sejarah | Tiada | Pencemaran atau pengotoran atau pencabulan sesuatu yang dianggap suci. |
| bacterial contamination | pencemaran bakteria | Perubatan | Tiada | Pencemaran oleh bakteria, tidak semestinya membahayakan. |
| chemical pollution | pencemaran kimia | Kejuruteraan | Tiada | Pencemaran yang disebabkan penambahan bahan kimia buatan manusia kepada persekitaran. |
| physical pollution | pencemaran fizikal | Kejuruteraan | Tiada | Pencemaran air secara fizikal seperti yang disebabkan oleh warna, pepejal terampai, suhu, radioaktif atau buih. |