Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tribrachtribrakKesusasteraanTiadaKaki matra bagi tiga suku kata pendek atau suku kata yang tidak ditekankan.
pengetag golongan kata (POS)part of speech (POS) taggerKecerdasan BuatanKomunikasiAlkhwarizmi dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang melabelkan golongan kata (POS) dalam ayat sesebuah teks secara automatik seperti dalam aplikasi sistem soal jawab dan analisis sentimen. Contoh golongan kata utama dalam bahasa Melayu ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sebagai contoh, bagi ayat �Keluarga saya suka berkelah di tepi pantai Merdeka�, setiap kata akan di tag secara automatik kepada kata dan tag: �keluarga = kata nama, saya = ganti nama, suka, berkelah = kata kerja, �di� = kata tugas, �tepi� = kata adjektif, pantai = kata nama, �Merdeka� = kata nama khas�. Alkhwarizmi yang sering digunakan bagi mengetag golongan kata adalah berasaskan peraturan, kaedah stokastik dan kaedah berasaskan rangkaian neural seperti Model Markov Tersembunyi (HMM), Rangkaian Memori Jangka Pendek Panjang Dwi Arah (Bi-LSTM) dan Transformer.
epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan penga
poetrypuisiKesusasteraanTiadaPengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempun
poor passwordkata laluan lemahTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKata laluan yang sangat mudah direka, sering dipilih, terlalu pendek, atau tidak mengikut dasar kata laluan yang ditetapkan oleh pemilik sistem.
quantitative versepuisi kuantitiKesusasteraanTiadaPuisi yang irama dasarnya ditentukan oleh panjang pendek suku kata yang diucapkan.
minicomputerminikomputerKejuruteraanTiadaKomputer digital serba guna yang mempunyai ingatan yang kecil, panjang kata yang pendek, yang berupaya mengendali operasi artimetik, logik dan masukan/keluaran seperti komputer bersaiz besar.
heptametresaptamatraKesusasteraanPuisiPuisi yang mempunyai irama berpola tetap dan berpola tujuh matra. Pola ini dapat dikesan pada sesebuah puisi terutama apabila dideklamasikan antara suku kata yang panjang dan pendek atau suku kata yang bernada tinggi dan rendah. Contohnya, puisi "Tak-tak-tun" karya A. Ghafar Ibrahim.
metrematraKesusasteraanPuisiUkuran untuk melihat sesuatu pola atau corak yang sudah ditentukan pada suku kata yang mempunyai tekanan mahupun tidak, dalam rangkap sesebuah puisi. Kemunculan matra bertujuan untuk dilagukan. Ini dapat menjelaskan adanya unsur pertentangan antara suku kata yang panjang dengan suku kata yang pendek atau yang bemada rendah dengan yang bemada tinggi.
perumpamaanperumpamaanKesusasteraanPuisiSesuatu bentuk susunan kata yang lazimnya pendek. Dalam susunan tersebut terdapat penggunaan perkataan tertentu iaitu bagai, seperti, umpama, laksana dan bak. Biasanya digunakan dalam konteks perbandingan kehidupan yang sama padan. Contohnya, bagai pinang dibelah dua.
123

Kembali ke atas