| indigenous people | orang asli; penduduk bumiputera | Geografi | Tiada | Penduduk asal sebuah negara atau kawasan. |
| indigenous peoples and local community (IPLC) | peribumi dan komuniti setempat (IPLC) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Penduduk asal dan masyarakat setempat yang mendiami sesuatu kawasan. |
| aborigine | orang asli | Sejarah | Tiada | Penduduk jati atau asal yang mula-mula menduduki sesebuah negeri sejak diketahui pada peringkat awal sejarah tamadun manusia. |
| out migration� | penghijrahan keluar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perpindahan penduduk keluar dari tempat asal mereka. |
| Yankee | Yankee | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gelaran kepada orang Amerika Syarikat oleh orang luar. Dalam negara Amerika Syarikat sendiri, gelaran ini dirujuk kepada penduduk timur laut negara tersebut iaitu di sekitar New England. Nama ini diberi oleh penduduk Perancis yang datang awal ke kawasan tersebut kepada pendatang Inggeris yang tiba kemudian. Walau bagaimanapun, gelaran yankee kini lebih banyak merujuk kepada semua penduduk Amerika Syarikat dari New England tanpa mengira asal keturunannya. |
| wayang gedek | wayang gedek | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit di Perlis, Kedah dan Kelantan yang berasal daripada teater nang talung di selatan Thailand. Teater ini menggunakan patung kecil yang dibawa khas dari Thailand. Bahasa Thai dan bahasa Melayu digunakan bagi cerita yang bertemakan penduduk tempatan dan epik Ramayana. Wayang gedek diiringi ensembel Thai yang terdiri daripada pi (shawm), klong that (geduk), thon (gedumbak), klong khaek (gendang), ching (kesi), mong (gong) serta saw u dan saw duang (alat muzik bertali). |