pengadangan (Du.) | pengadangan (Du.) | Kesenian | Tiada | Proses meraut rotan untuk mendapat ukuran bulat rotan dengan menggunakan tin yang telah ditebuk di tengahnya. Rotan dimasukkan ke dalam lubang tin dan kemudian ditarik atau lurut. |
blocking | pengadangan | Sains | Hidrometeorologi | Rintangan besar-besaran kepada gerakan lazim barat ke timur siklon dan antisiklon yang berpindah-pindah. Suatu keadaan pengadangan diiringi arus meridian yang nyata di aras atas dan selalunya mengandungi satu atau lebih peredaran antisiklon tertutup di latitud tinggi dan peredaran siklon di latitud rendah (tekanan tinggi terpisah dan tekanan rendah terpisah). Corak peredaran yang luar biasa ini (adangan) pada kebiasaannya agak pegun atau bergerak perlahan ke arah barat dan berlarutan selama seminggu atau lebih. |
blocking high | tekanan tinggi pengadangan | Sains | Hidrometeorologi | Tekanan tinggi (atau antisiklon) yang tinggal hampir pegun atau bergerak perlahan-lahan berbanding dengan gerakan barat ke timur di hulu tekanan tersebut. Ini mengakibatkan adangan kepada gerakan siklon berpindah, merintangi latitud tersebut. Suatu tekanan tinggi pengadangan mungkin mengandungi kesan pengaruh skala kecil sahaja. |
screening router | penghala pengadangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penghala yang memisahkan rangkaian yang dipercayai daripada rangkaian yang tidak dipercayai secara penyaringan paket berpandukan dasar keselamatan. |
lunar occultation | hijab qamari | Matematik | Tiada | Pengadangan bulan oleh bumi semasa gerhana. |
screened subnet | subrangkaian teradang | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian yang tersembunyi di sebalik tembok api yang tidak dapat dicapai secara terus dari luar rangkaiannya kecuali melalui penghala pengadangan atau get laluan hos terhadang. |
cut-off high | tekanan tinggi terpisah | Sains | Hidrometeorologi | Tekanan tinggi panas yang teralih keluar dan terletak ke utara arus baratan. Selalunya tekanan tinggi ini juga merupakan tekanan tinggi pengadangan. |